awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat berterusan di Sarawak bermula esok hingga 1 Jan - MetMalaysia
Mayat wanita warga emas ditemukan terapung di Taman Tasik Taiping
[TERKINI] Miha calon BN untuk PRK DUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pengurus besar Air Kelantan bebas tuduhan rasuah

Bernama
Bernama
30/12/2025
06:45 MYT
Bekas pengurus besar Air Kelantan bebas tuduhan rasuah
Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan bekas Pengurus Besar Air Kelantan, Wan Mohd Zamri W Ismail daripada pertuduhan menerima rasuah RM10,000. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas pengurus besar syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) daripada pertuduhan menerima rasuah bernilai RM10,000 daripada seorang sub kontraktor pada 2015.
Hakim Dazuki Ali membuat keputusan itu terhadap Wan Mohd Zamri W Ismail, 64, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh di akhir kes pembelaan.
"Secara keseluruhan saya berpuas hati wang RM10,000 itu digunakan untuk membantu mangsa banjir besar pada akhir Dis 2014.
"Pihak pembelaan berjaya mematahkan anggapan di bawah Seksyen 50(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 atas imbangan kebarangkalian," katanya.
Wan Mohd Zamri sebelum ini didakwa menerima rasuah sebanyak RM10,000 daripada Ng Tze Wei melalui cek United Overseas Bank (Malaysia) Bhd yang dikreditkan ke dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya.
Suapan itu sebagai dorongan membantu syarikat Zog Technology Sdn Bhd yang dilantik sebagai sub kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja mereka bentuk, membina, menyiapkan, mengujilari, mentauliahkan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal serta kerja-kerja berkaitan (reka dan bina) untuk Skim Bekalan Air Merbau Chondong Fasa II, Pakej 1, Machang.
Wan Mohd Zamri dituduh melakukan kesalahan itu di Maybank Jalan Mahmood di sini pada 22 Jan 2015.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mariah Omar, manakala Wan Mohd Zamri diwakili peguam Ahmad 'Adha 'Amir Yasser Amri dan Nur Sarah Syamimi Safie.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#bekas pengurus besar syarikat Air Kelantan
#bebas tuduhan rasuah
#Wan Mohd Zamri W Ismail
#bantu mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan