KETIKA seluruh dunia mengambil langkah berjaga-jaga daripada dijangkiti virus COVID-19, ada pula kalangan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri dan bersikap acuh tak acuh tentang isu penjagaan kesihatan.
Beberapa perkongsian video mula tular yang memaparkan kelibat individu tidak bertanggungjawab yang digelar 'ejen syaitan' dengan sengaja menyebarkan apa yang didakwa virus COVID-19 melalui air liur mereka pada butang lif.
Dalam salah satu rakaman CCTV, seorang wanita warga China di bandar Chongqing dirakam berulang kali meludah ke butang lif.
Suspek wanita berusia 48 tahun yang hanya dikenali sebagai Li dilihat sengaja menyebarkan air liurnya atas alasan ingin meluahkan amarah selepas bergaduh dengan seorang penduduk di situ, lapor Daily Mail.
Video tular itu kemudian memperlihatkan beberapa penduduk lain masuk untuk menggunakan lif yang sama dan menekan butang yang 'diludah' Li sebelum itu.
Li kemudian ditahan dan hasil siasatan mendapati dia tidak mengalami jangkitan koronavirus.
Menerusi kenyataan rasmi, polis mengesahkan bahawa wanita itu sihat secara fizikal dan tidak mempunyai sebarang kontak dengan warga Hubei.
BACA: COVID-19: Hubei rekod 1,933 kes jangkitan, 100 kematian baharu
Dalam satu lagi video tular, seorang lelaki di Nanning dirakam meludah pada tisu dan kemudian menggosoknya berulang kali pada butang lif.
Menurut sumber, polis tempatan telahpun menahan individu itu selama 10 hari dan mendapati dia tidak mengalami sebarang simptom koronavirus.
Selain dua video tular itu, beberapa video lain turut dikongsi di media sosial memperlihatkan tindakan tidak bertamadun oleh individu berbeza di China.
Najmi Syahiran Mamat
Mon Feb 17 2020
Li dilihat sengaja menyebarkan air liurnya atas alasan ingin meluahkan amarah selepas bergaduh dengan seorang penduduk di situ. -Foto YouTube
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Varian Omicron: Saringan antigen calitan hidung kurang efektif
Hasil ujian PCR air liur mengesan virus Omicron secara purata tiga hari sebelum ujian calitan hidung menunjukkan keputusan positif.
RTK Antigen air liur tidak diterima, perlu dibuat di fasiliti kesihatan - JPBN Sarawak
Setiap individu perlu melakukan ujian saringan COVID-19 di klinik atau makmal kesihatan dan bukan dilakukan secara kendiri untuk dimuat naik ke dalam sistem EnterSarawak.
Dapatkan kit ujian kendiri COVID-19 yang diluluskan PBPP sahaja - MMA
Presiden MMA Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata orang ramai perlu menyemak senarai kit ujian kendiri yang diluluskan melalui laman web PBPP sebelum membuat pembelian.
Persatuan Farmasi Malaysia persoal penjualan kit ujian COVID-19 di MySejahtera
Menurut Presiden MPS Amrahi Buang, penjualan kit ujian hanya menerusi satu platform adalah tidak adil bagi industri farmasi komuniti.
COVID-19: Dua lagi kit ujian kendiri dapat kelulusan KKM
Ini menjadikan lima jenis kit ujian kendiri COVID-19 mendapat kelulusan bersyarat daripada MDA pada ketika ini.
KKM akan perkenal ujian COVID-19 melalui air liur secara kendiri di rumah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperkenalkan ujian saringan COVID-19 melalui air liur secara kendiri di rumah tidak lama lagi.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
MYEG lancarkan ujian COVID-19 menggunakan air liur mulai 1 Mac
Penyedia perkhidmatan digital MY E.G. Services Bhd (MYEG) akan memperkenalkan ujian saringan COVID-19 menggunakan persampelan air liur di rumah bermula 1 Mac ini.
KKM akan buat persampelan ujian COVID-19 guna air liur - Dr Adham
Persampelan bagi ujian COVID-19 dengan menggunakan air liur telah dijalankan di beberapa negara dan ia terbukti lebih murah dan menjadi antara kaedah mengumpul sampel paling konsisten.
IMR kaji penggunaan air liur, 'deep throat saliva' sebagai sampel kesan COVID-19
Ia merupakan penemuan terbaharu bagi menggantikan sampel yang diambil hasil calitan pada hidung dan tekak pada masa ini.