SEOUL: Bank pusat Korea Selatan menyatakan ekonomi negara itu menguncup buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun pada 2020.
Reuters melaporkan, penyusutan itu berikutan pandemik COVID-19 yang melenyapkan pekerjaan industri perkhidmatan, selain corak perbeanjaan konsumer yang tertekan.
Data awal dari Bank of Korea pada Khamis menunjukkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara itu pada tahun lalu menguncup 1 peratus berbanding 2019. Ia merupakan penguncupan tahunan pertama sejak 1998, apabila Korea Selatan bergelut dalam krisis kewangan.
Keadaan ekonomi Korea Selatan mungkin lebih buruk jika tidak disokong eksport teknologinya, yang menyaksikan peningkatan akibat didorong pembelian komputer peribadi dan sistem pelayan, kesan daripada amalan kerja dari rumah dalam tempoh pandemik.
Bank itu menjangkakan ekonomi Korea Selatan segera pulih tahun ini susulan aktiviti eksprt tersebut. Begitupun, bagi pasaran kerja pula, tempoh lebih lama diperlukan untuk melihat pemulihan industri perkhidmatan seperti restoran dan pengangkutan.
Negara itu melaporkan lagi 424 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan adalah 91,240 kes, termasuk 1,619 kematian.
Agensi
Thu Mar 04 2021

Seorang lelaki dengan pelitup muka berjalan melewati iklan persembahan opera di luar sebuah kompleks teater di Seoul. - AP

AWANI Ringkas: Angka kematian akibat COVID-19 terus meningkat | Denmark hentikan penggunaan AstraZeneca

AWANI Ringkas: Trend jangkitan baharu COVID-19 | Kes meningkat, PKP di tujuh jajahan di Kelantan

NATO undur anggota dari Afghanistan mulai 1 Mei
Pengunduran dijangka selesai dalam tempoh beberapa bulan.

Undur dari Afghanistan: Tiba masanya tamat perang paling panjang - Biden
Pengunduran ini, secara signifikannya, dibuat pada tanggal ulang tahun ke-20 serangan pengganas pada 11 September 2001.

COVID-19: Denmark henti penggunaan vaksin Oxford-AstraZeneca
Pengarah Badan Kesihatan Denmark bagaimanapun tidak menolak untuk kembali menggunakan semula vaksin AstraZeneca di masa depan.

COVID-19: Sistem kesihatan di Chile kini kritikal, petugas kesihatan akui terbeban
Pekerja kesihatan ketika ini sedang berjuang menangani sejumlah besar pesakit di hospital dan 30 peratus kakitangan hospital tidak dapat bertugas kerana masalah kesihatan.

AWANI Ringkas: Pengunjung bazar Ramadan diingat patuh SOP | PAGE desak sistem pendidikan negara dirombak

Skuad Harimau Malaya divaksin bermula Isnin depan
78 individu terdiri daripada pemain dan pegawai termasuk Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, dijangka menerima suntikan dos pertama di Dewan Seri Seroja di Putrajaya.

Kedai perabot di Semanggol musnah terbakar
Pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran serta jumlah kerugian.

COVID-19: Angka korban global kini lebih 2.96 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 564,000 kes.

RM420.8 juta pembiayaan mikro kredit disalur menerusi PENJANA - Tengku Zafrul
Ia termasuk pemohon daripada bidang peruncitan dan perkhidmatan.

Ingin wujudkan 4.6 juta pekerjaan hijau? Labur dalam pengangkutan awam di bandar - Laporan C40
Pengangkutan awam bukan sekadar membawa penumpang malah membawakan peluang, kesaksamaan dan kualiti hidup yang lebih baik.

136 tahun untuk hapuskan jurang jantina global - WEF
Bagaimanapun, menurut jangkaan terbaharu Forum Ekonomi Sedunia (WEF) untuk tahun 2021, dunia kini semakin terkebelakang dalam menuju ke arah mencapai kesaksamaan jantina.

Rancang, labur duit i-Sinar di jalan yang benar
Keputusan membenarkan pencarum mengeluarkan caruman 10 peratus daripada akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedikit sebanyak melegakan terutama bagi mereka yang terjejas.

KDNK Singapura berkembang 0.2 peratus pada suku pertama 2021 - Anggaran awal MTI
Ekonomi berkembang sebanyak 2.0 peratus, meneruskan pengembangan 3.8 peratus pada suku tahun sebelumnya.

COVID-19: Makan di restoran, keramaian punca peningkatan kes - Pakar Kesihatan
Aktiviti yang membenarkan pelitup muka dibuka antaranya makan di restoran dan majlis keramaian menjadi punca peningkatan kes COVID-19 di negara ini.

COVID-19: SOP tidak 'standard' faktor ancaman gelombang keempat - Pakar
Walaupun dikatakan SOP, tapi kerap kali kita lihat tidak 'standard', tidak ada piawaian, menyebabkan rakyat menjadi keliru ditambah dengan penguatkuasaan yang tidak sekata.

Program Pembelajaran Sepanjang Hayat perlu pendekatan holistik
Cabaran ekonomi ketika ini menuntut supaya para graduan serta mereka yang menganggur mempunyai kemahiran yang diperlukan pasaran.

Tiada parti politik boleh bentuk kerajaan majoriti - Anthony Loke
Semua parti politik perlu sedar tiada sesiapa boleh membentuk kerajaan secara majoriti dan pentadbiran sendiri.

Bursa AS rendah, pelabur tunggu data inflasi
Saham di Bursa New York ditutup rendah pada hari pertama dagangan minggu ini dengan pelabur menunggu laporan pendapatan korporat.