awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
MySTEP: Inisiatif wajar, Kerajaan MADANI cakna golongan sasar
Gaza perlukan 200,000 unit rumah pasang siap penuhi keperluan kemanusiaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Ekonomi memburuk, protes tercetus di serata dunia

Nailah Huda
Nailah Huda
10/05/2020
03:40 MYT
COVID-19: Ekonomi memburuk, protes tercetus di serata dunia
Kanak-kanak lelaki terima roti percuma daripada kerajaan Afghanistan pada 3 Mei 2020 ketika mendepani pandemik COVID-19. REUTERS/Fail
SEJAK kebelakangan ini, dunia menyaksikan semakin banyak protes tercetus akibat keadaan ekonomi yang semakin memburuk ketika perintah berkurung dilaksanakan bagi mengekang penularan COVID-19.
Kebanyakan protes menggesa agar beberapa sektor ekonomi dibuka semula supaya dapat meneruskan operasi perniagaan, sementara beberapa protes lain pula berlandaskan hak untuk kebebasan.
Ini antara protes yang dilaporkan di serata dunia pada Sabtu.
Foto - REUTERS.
Feroz Koh, Afghanistan
Dua anggota polis serta seorang wartawan antara enam terbunuh dalam protes di barat Afghanistan pada Jumaat.
Protes diadakan bagi menuntut kerajaan salurkan sokongan serta bantuan kewangan susulan langkah kerajaan melakukan sekatan untuk memerangi pandemik COVID-19.
Menurut pegawai Kementerian Dalam Negeri, penunjuk perasaan berarak dan berkumpul di luar pejabat gabenor di Feroz Koh, ibu kota wilayah barat Ghor.
Selain enam maut, 19 yang lain dilaporkan cedera termasuk sembilan polis.
Kebanyakan penduduknya bergantung kepada pekerjaan harian sekali gus menjejaskan sumber pendapatan mereka apabila premis yang tidak penting diarahkan tutup.
Foto - REUTERS.
London, United Kingdom
Polis Metropolitan London pada Sabtu menahan beberapa individu dan mengeluarkan saman terhadap peserta protes yang melibatkan kira-kira 40 ke 50 orang.
Protes itu yang diadakan berhampiran Jambatan Westminster menyaksikan sepanduk yang menyatakan mesej seperti “kami tidak akan ditipu, dijejaki dan diperangkap”.
Beberapa peserta protes turut merupakan golongan yang percaya teori konspirasi berhubung 5G, yang dipercayai antara faktor wabak COVID-19, walaupun telah disangkal oleh pakar.
Foto - REUTERS.
Stuttgart, Jerman
Beberapa ribu orang berkumpul di bandar Stuttgart pada Sabtu untuk memprotes sekatan yang dikenakan bagi mengawal penularan COVID-19.
Mereka menyatakan bahawa langkah yang diambil untuk mengekang wabak itu melanggar hak mereka menuntut kebebasan.
Walaupun pihak polis yang mengawal protes itu telah mengehadkan jumlah peserta protes pada 10,000 orang, namun jumlah peserta adalah lebih kurang daripada itu.
Pihak polis turut tidak campur tangan ketika mengawasi demonstrasi berkenaan.
Topic Berkaitan
#5G
#Afghanistan
#buka semula ekonomi
#COVID-19
#ekonomi
#Jerman
#koronavirus
#London
#protes
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan