awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ifa Raziah menangis berpisah dengan pembantu rumah, anggap seperti keluarga
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaza perlukan 200,000 unit rumah pasang siap penuhi keperluan kemanusiaan

Bernama
Bernama
28/12/2025
13:20 MYT
Gaza perlukan 200,000 unit rumah pasang siap penuhi keperluan kemanusiaan
Cuaca buruk telah memburukkan lagi penderitaan rakyat Palestin yang tinggal di khemah daif yang hanya memberikan perlindungan minimum daripada hujan dan cuaca sejuk melampau. - Reuters
RAMALLAH: Gaza memerlukan kira-kira 200,000 unit rumah pasang siap bagi memenuhi keperluan kemanusiaan segera keluarga yang kehilangan tempat tinggal serta menyediakan perlindungan lebih selamat di tengah-tengah keadaan cuaca buruk, menurut Bilik Operasi Kerajaan Palestin pada Ahad.
Dalam satu kenyataan, bilik operasi itu memaklumkan bahawa ribut yang melanda ketika ini telah menenggelamkan dan memusnahkan ribuan khemah di seluruh Gaza, sekali gus memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sedang berlaku, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Menurut bilik operasi itu, Al-Rasheed Coastal Street sepanjang kira-kira 26 kilometer telah dinaiki air menyebabkan kerosakan terhadap khemah-khemah yang didirikan di sepanjang laluan berkenaan akibat ombak laut yang tinggi susulan ribut berkenaan.
Ia menegaskan bahawa cuaca buruk telah memburukkan lagi penderitaan rakyat Palestin yang tinggal di khemah daif yang hanya memberikan perlindungan minimum daripada hujan dan cuaca sejuk melampau.
Rumah-rumah yang rosak sebahagiannya turut runtuh, sekali gus mengancam nyawa penduduk, di tengah-tengah ketiadaan pilihan perlindungan yang selamat.
Menurut bilik operasi itu, organisasi kemanusiaan kini berdepan kesukaran memenuhi keperluan mendesak penduduk yang kehilangan tempat tinggal berikutan kekurangan bekalan yang meruncing serta sekatan berterusan oleh Israel terhadap kemasukan bantuan ke Semenanjung Gaza.
Bilik operasi itu menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan organisasi antarabangsa agar memberi tekanan kepada Israel supaya membenarkan kemasukan segera rumah pasang siap dan bekalan perlindungan lain bagi meringankan penderitaan penduduk serta mengurangkan risiko ancaman nyawa yang mereka hadapi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rumah pasang siap
#penduduk Gaza
#kemanusiaan
#bantuan
#cuaca buruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan