awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: England kenal pasti 34 kes varian bermutasi tinggi

Agensi
Agensi
12/09/2023
02:00 MYT
COVID-19: England kenal pasti 34 kes varian bermutasi tinggi
Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKSHA) mengesahkan sebanyak 34 kes COVID-19 dikaitkan dengan varian BA.2.86 yang bermutasi tinggi telah dikenal pasti di England.
LONDON: Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKSHA) mengesahkan sebanyak 34 kes COVID-19 dikaitkan dengan varian BA.2.86 yang bermutasi tinggi telah dikenal pasti di England.
Daripada 34 kes yang disahkan dikenal pasti setakat 4 September, lima pesakit dimasukkan ke hospital dan tiada kematian dikaitkan dengan varian baharu yang muncul.
Agensi itu berkata, 28 daripada kes yang disahkan dikenal pasti daripada wabak tunggal di rumah jagaan di Norfolk.
Pada Rabu, syarikat farmaseutikal, Moderna dan Pfizer berkata, vaksin COVID-19 keluaran mereka yang dikemas kini menjana tindak balas yang kukuh dalam ujian terhadap subvarian BA.2.86.
Subvarian BA.2.86 pertama kali dikesan di Denmark pada 24 Julai.
Sejak itu, ia telah dikesan pada pesakit bergejala lain dalam pemeriksaan lapangan terbang rutin dan dalam sampel air sisa di negara seperti Switzerland dan Afrika Selatan selain Israel, Denmark dan Amerika Syarikat.
Mengulas lanjut, UKHSA berkata, berdasarkan data baharu itu, masih awal untuk membuat sebarang kesimpulan tentang tingkah laku BA.2.86 dalam populasi UK yang lebih luas, tetapi varian itu mungkin pantas merebak dalam tetapan hubungan rapat.
"Adalah jelas bahawa terdapat beberapa tahap penularan komuniti yang meluas, baik di UK dan di seluruh dunia. Kami sedang berusaha untuk memantau tahap perkara ini", kata Renu Bindra, Pengarah Insiden, UKHSA. - Reuters
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Varian baharu COVID-19
#Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom
#vaksin COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan