Perikatan Vaksin Global (Gavi) berjanji menyumbang sebanyak AS$8.8 bilion ketika mesyuarat dalam talian yang dianjurkan United Kingdom (UK).
Dana itu diberikan oleh puluhan kerajaan, badan amal dan yayasan yang akan bergerak memerangi COVID-19.
Pengasas Microsoft, Bill Gates turut berjanji menyumbang melalui Yayasan Bill dan Melinda Gates.
"Hari ini, yayasan kami menjanjikan AS$1.6 bilion untuk membantu Gavi meneruskan usahanya yang luar biasa selama lima tahun akan datang.
“Di samping itu, yayasan ini dengan bangga menyokong komitmen pasaran vaksin COVID-19 baharu dengan sumbangan AS$100 juta untuk membantu memastikan bahawa apabila vaksin COVID-19 ditemui, setiap orang yang memerlukannya dapat memiliki akses, bermula dengan pekerja kesihatan dan populasi berisiko tinggi yang lain,” katanya.
Gates berkata sumbangan dari yayasannya adalah untuk memastikan bahawa vaksin dapat dibangunkan dan akan tersedia untuk semua yang memerlukan.
Dalam pada itu, Perdana Menteri UK, Boris Johnson yang menjadi tuan rumah dalam sidang kemuncak itu menggambarkan pembangunan vaksin COVID-19 sebagai usaha bersama terbesar sepanjang hayat.
“Kita telah memperoleh AS$8.8 bilion untuk usaha Gavi dalam lima tahun akan datang. Terima kasih banyak-banyak.
"Bersama-sama kita bangkit untuk memenuhi usaha bersama terbesar dalam hidup kita, kemenangan umat manusia ke atas penyakit, sekarang dan untuk generasi berikutnya," kata Johnson.
Pemimpin Sepanyol, Itali dan Jerman juga turut serta dalam sidang kemuncak itu dan berjanji menyumbang dana ke arah perikatan vaksin itu.
Gavi ditubuhkan pada tahun 2000 dengan sokongan dan pengembangan yang signifikan dari Yayasan Bill dan Melinda Gates.
Ia juga mendapat sokongan dari Bank Dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Dalam kenyataan misinya, Gavi menyatakan telah menvaksinasi 760 juta kanak-kanak dari negara miskin seluruh dunia, sekali gus menyelamatkan 13 juta nyawa.
Astro Awani
Thu Jun 04 2020
Gavi ditubuhkan pada tahun 2000 dengan sokongan dan pengembangan yang signifikan dari Yayasan Bill dan Melinda Gates.. - REUTERS/Dado Ruvi
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
'Bill Gates kenal Dolly Chaiwala, Dolly Chaiwala tak kenal Bill Gates' - Netizen
Gates dipercayai singgah menikmati teh susu Dolly sewaktu hadir ke majlis praperkahwinan anak orang terkaya Asia yang diadakan selama tiga hari di India.
AI akan ubah kehidupan manusia dalam masa lima tahun, kata Bill Gates
Bill Gates percaya sejarah menunjukkan setiap teknologi baharu hadir ketakutan dan menyusul dengan peluang baharu.
Twitter mula buang tanda pengesahan biru, Bill Gates dan Kim Kardashian antara 'mangsa'
Twitter pada Khamis mula membuang tanda pengesahan daripada beribu-ribu akaun, termasuk akaun tokoh terkenal.
Gates syor cipta benih ajaib tangani isu perubahan iklim
Apa yang diperlukan katanya, adalah inovasi dalam teknologi pertanian yang boleh membantu memulihkan krisis tersebut.
MBKM, agensi berkaitan perlu lebih giat majukan industri penerbitan buku - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu budaya membaca dalam kalangan rakyat di negara ini dipupuk secara berterusan.
Amaran Bill Gates tentang wabak, serangan cacar jadi kenyataan
Gates menyarankan pemerintah melabur puluhan bilion dolar untuk R&D yang didakwa bakal menelan kos yang tinggi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Mei 2022.
COVID-19: Bill Gates nafi suntikan vaksin boleh jejak manusia
Gates sentiasa menafikannya tetapi penafian yang dilakukan itu belum cukup untuk memadamkan teori tersebut.
COVID-19: Pandemik terburuk, lebih dahsyat mungkin melanda dunia - Bill Gates
Gates beri amaran kemungkinan terdapat varian "lebih mudah tersebar dan lebih berbahaya" berbanding varian Delta dan Omicron."
Bebas karbon: Negara kaya perlu main peranan - Bill Gates
Negara-negara kaya perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan penghasilan produk teknologi hijau di peringkat global.