awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19 global: Pertambahan 1.88 juta kes baharu dalam sehari

Astro Awani
Astro Awani
11/03/2022
02:20 MYT
COVID-19 global: Pertambahan 1.88 juta kes baharu dalam sehari
Ini menjadikah jumlah kes positif yang direkodkan di seluruh dunia adalah sebanyak 452 juta kes. - Foto fail/REUTERS
TERDAPAT pertambahan 1.88 juta kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas.
Ini menjadikah jumlah kes positif yang direkodkan di seluruh dunia adalah sebanyak 452 juta kes.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 42 juta serta 29 juta kes.
Negara yang melepasi angka 23 juta kes ialah Perancis.
United Kingdom pula catat angka melebihi 19 juta, Rusia dengan 16 juta kes, manakala Jerman, Turki, Itali dan Sepanyol catat angka 10 juta.
Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 5.8 juta.
Ini diikuti Malaysia 3.7 juta kes, Filipina 3.6 juta kes, Thailand dengan 3 juta kes, dan Singapura melebihi 900,000 kes.
Sementara itu, berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 7,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.02 juta kes.
Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 965,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 653,000 kes, India lebih 515,000 kes dan Rusia lebih 351,000 kes.
Sementara Mexico kini catat lebih 320,000 kematian.
United Kingdom, Itali, Perancis, Jerman dan Sepanyol pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 151,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 57,000 diikuti Malaysia dengan 33,000 kes.
Manakala Thailand dengan lebih 23,000 angka korban.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#kes kematian
#Johns Hopkins University
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan