ATHENS:Perdana Menteri Greece mengesahkan kerajaan akan memberikan vaksin COVID-19 secara percuma kepada rakyatnya apabila tersedia kelak.
Kyriakos Mitsotakis turut menyatakan negara itu akan menerima penghantaran pertama vaksin pada awal 2021.
Kenyataan dibuat semasa beliau mempengerusikan mesyuarat menteri mengenai strategi vaksinasi kerajaan untuk COVID-19.
"Saya berkeras tentang akses percuma vaksin kepada seluruh rakyat Greece, kerana kerajaan ini telah menggangap vaksin sebagai harta awam dari mula.
"Itulah sebab mengapa ia akan diberikan secara percuma kepada semua, tiada pengecualian.
"Lebih 25 juta dos diperuntukkan untuk Greece. Sebilangannya adalah dos berganda yang diperlukan.
"Kita mungkin berhak meminta lebih banyak lagi. Penghantaran pertama dijangka pada awal 2021," katanya.
Greece sedang menghadapi lonjakan baharu virus itu yang memberi tekanan pada sistem kesihatan negaranya.
Pada Khamis, Greece mengumumkan rekod baharu jumlah kematian dan jangkitan koronavirus dengan lebih daripada 3,300 jangkitan baru yang disahkan dan 50 kematian.
Secara keseluruhan negara itu mempunyai lebih 66,000 dengan 959 kematian.
Mitsotakis mengulangi permintaannya agar orang ramai mengehadkan diri hanya kepada pergerakan "benar-benar penting".
Greece menguatkuasakan perintah berkurung pada sebelah malam bermula pukul 9 malam hingga 5 pagi.
Pengecualian hanya diberikan kepada pekerja kesihatan dan mereka yang bersiar hanya seketika.
Penutupan seluruh negara itu berkuat kuasa sejak 7 November.
Agensi
Fri Nov 13 2020

Negara itu akan menerima penghantaran pertama vaksin pada awal 2021. - Reuters

Vaksin COVID-19 | Tidak salah kalau tidak suntik
Tiada kesalahan dalam peruntukan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi individu yang menolak penerimaan suntikan vaksin COVID-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang Dan Parlimen), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Kebangsaan dibuat secara percuma dan sukarela ke atas individu yang tersenarai.

Krisis COVID-19 | AirAsia teroka penghantaran guna dron
Teleport iaitu cabang logistik di bawah AirAsia Digital akan meneroka penggunaan dron untuk menghantar barang.

Politik | Ahli UMNO jangan hilang fokus
Ahli UMNO tidak harus hilang fokus ketika parti itu sedang berdepan kemelut dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Kekeluargaan | KPWKM cadang kursus selepas kahwin
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang mewujudkan kursus pasca perkahwinan untuk mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan. Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, kementerian masih dalam peringkat untuk mempertimbangkan sama ada kursus itu wajib diambil oleh suami isteri tanpa mengira latar belakang agama dan sebaliknya.

Serangan Letupan | 10 maut, dalam letupan di Mogadishu
10 orang maut manakala lebih 30 yang lain cedera parah apabila sebuah kereta dipenuhi bahan letupan merempuh sebuah restoran popular di ibu kota Somalia pada Jumaat malam. Menurut jurucakap polis, Sadiq Ali, letupan itu adalah merupakan tindakan pengganas yang dikaitkan dengan golongan Al-Qaeda yang sering menyasarkan kawasan Mogadishu.

Lawatan Asia Barat | PM, isteri tiba di Riyadh
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang waktu tempatan untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Geologi | Lebih 50 tapak geologi akan dikaji di Lenggong
Lebih 50 tapak geologi di Lenggong dikaji untuk diperakukan sebagai Geopark Lembah Lenggong, sekaligus mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut. Kajian sedang dilakukan sebelum pengiktirafan diberi kepada Geopark Lembah Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan kedua di Perak, selepas Geopark Lembah Kinta.

Lemas | Remaja dibawa arus masih belum ditemui
Seorang remaja perempuan yang dikhuatir lemas ketika berkelah di Sungai Nenggiri, Kampung Pulau Setelu di Gua Musang, Kelantan pada Jumaat, masih gagal dijumpai pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat. Mangsa dikenali sebagai Nur Jannatul Alia Mohd Zamri dan berusia 13 tahun.

Teknologi VSAT | Bantu penduduk pedalaman Sabah berhubung dengan dunia luar
Penyediaan perkhidmatan teknologi satelit Very Small Aperture Terminal, V-SAT yang dilaksanakan kerajaan amat dinantikan penduduk di kawasan pedalaman Sabah.

10 Berita Pilihan - (06 Mac 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Mac 2021.

Lebih 17,000 terima dos pertama vaksin COVID-19 di Thailand
Sejumlah 17,697 individu di Thailand telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat ini.

Vaksin COVID-19: Tiada paksaan, tidak langgar Akta 342 jika tidak ambil - Takiyuddin
Suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Kebangsaan di buat secara percuma dan sukarela ke atas individu yang tersenarai.

Program vaksinasi kumpulan pertama di Miri berjalan lancar
Empat PPV terlibat dalam program imunisasi di Miri adalah Dewan Eastwood, Dewan Dato Permaisuri, Dewan Masyarakat Marudi dan Hospital Miri.

Vaksin swasta: Tumpuan 80 peratus terlebih dahulu - MOSTI
Pembelian vaksin COVID-19 oleh kerajaan setakat ini hanya tertumpu kepada usaha menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Kemudahan kesihatan swasta di Sarawak sedia dijadikan pusat vaksinasi
Hospital swasta dan klinik pengamal perubatan am (GP) sudah bersedia untuk disenaraikan sebagai pusat vaksinasi COVID-19 dalam negara.

Vaksin COVID-19: Penerimaan rakyat penting bagi putuskan rantaian jangkitan
Penerimaan rakyat terhadap Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan merupakan aspek penting dalam menjayakan agenda memutuskan rantaian COVID-19 di negara ini.

P. Pinang nafi cadangan jual vaksin melalui hospital swasta beri keutamaan kepada VIP
Cadangan supaya hospital swasta di Pulau Pinang dibenarkan membeli vaksin COVID-19 berbayar adalah bagi membolehkan vaksin percuma diberikan kepada petugas barisan hadapan.

Program Vaksinasi COVID-19 di Miri bermula hari ini
Program melibatkan enam Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu Hospital Miri, Hospital Marudi, Dewan Eastwood, Dewan Dato Permaisuri, Dewan Masyarakat Bekenu, dan Dewan Suarah Marudi.

COVID-19: Penghantaran vaksin melalui COVAX masih rendah - WHO
Jelas Dr Tedros ketika ini telah memasuki fasa penting untuk inisiatif kolaboratif bertujuan menghasilkan 2 bilion dos pada akhir 2021.