[TERKINI] Kolaborasi Agung: Bersatu ambil sikap terbuka, bakal pertimbang cadangan Zahid
![[TERKINI] Kolaborasi Agung: Bersatu ambil sikap terbuka, bakal pertimbang cadangan Zahid [TERKINI] Kolaborasi Agung: Bersatu ambil sikap terbuka, bakal pertimbang cadangan Zahid](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-04/81744519091_muhyiddin.jpg)
Muhyiddin berkata Bersatu mengambil sikap terbuka setelah mendapat maklumat yang lebih jelas mengenai cadangan itu. -Foto fail
KUALA LUMPUR: Bersatu akan mempertimbangkan cadangan dikemukakan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkenaan ‘kolaborasi agung’ untuk menyatukan parti politik Melayu-Islam.
Ringkasan AI
- Bersatu akan mempertimbangkan cadangan 'kolaborasi agung' Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, untuk menyatukan parti politik Melayu-Islam.
- Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengambil sikap terbuka selepas memperoleh maklumat lebih jelas mengenai cadangan tersebut.
- Bersatu akan menimbangkan cadangan Presiden UMNO selepas mendapat input yang lebih jelas mengenainya.
“Saya ingin mengambil sikap terbuka dalam hal ini, Bersatu akan menimbangkan cadangan yang dikemukakan oleh Presiden UMNO setelah mendapat input yang lebih jelas mengenainya,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan hari ini.
Bekas Perdana Menteri itu menegaskan sebarang perbincangan rentas parti melibatkan kerjasama antara Bersatu dan UMNO hendaklah mengikut saluran rasmi parti dengan dihadiri oleh kepimpinan tertinggi kedua-dua parti.
Muhyiddin dalam pada itu turut menyatakan tidak pernah memberi mandat kepada mana-mana pemimpin Bersatu untuk berunding dengan UMNO.
“Bersatu tidak pernah memberikan mandat secara rasmi kepada mana-mana pimpinan parti untuk berunding dengan UMNO.
"Perkara ini juga tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu,” katanya.
Muhyiddin berkata perbincangan harus mengambil kira pandangan rakan-rakan parti anggota Perikatan Nasional dan kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.
Kenyataan itu difahamkan sebagai respons terhadap pengumuman Ahmad Zahid mengenai pertemuan bersama pemimpin Pas dan Bersatu sebelum ini.
Perkara itu dimaklumkan olehnya semasa sidang selepas berakhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur semalam.
Media turut melaporkan, Ahmad Zahid telah memaklumkan hal ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pengerusi Pakatan Harapan dan beliau memahaminya.
Menurutnya, kolaborasi itu bersifat longgar (loose collaboration) dan bukan penubuhan sebuah parti politik baharu, namun disifatkan sebagai langkah awal yang penting ke arah penyatuan lebih besar.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah cadangan yang dikemukakan oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, kepada Bersatu? A: Cadangan yang dikemukakan ialah 'kolaborasi agung' untuk menyatukan parti politik Melayu-Islam.
- Q: Mengapakah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengambil sikap terbuka terhadap cadangan tersebut? A: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil sikap terbuka selepas memperoleh maklumat yang lebih jelas mengenai cadangan 'kolaborasi agung' yang dikemukakan oleh Presiden UMNO.
- Q: Apakah tindakan yang akan diambil oleh Bersatu setelah menimbangkan cadangan dari Presiden UMNO? A: Bersatu akan menimbangkan cadangan yang dikemukakan oleh Presiden UMNO setelah mendapat input yang lebih jelas mengenainya.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

