awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: H&M tutup lebih 1,000 cawangan di Jerman, Amerika Syarikat

Agensi
Agensi
17/03/2020
22:36 MYT
COVID-19: H&M tutup lebih 1,000 cawangan di Jerman, Amerika Syarikat
Pekerja H&M yang terjejas akan menerima gaji selama dua minggu. -REUTERS
BERIKUTAN penularan pandemik COVID-19, rangkaian fesyen terkenal, H&M mengumumkan menutup lebih 1,000 cawangan masing-masing di Jerman (460 buah) dan Amerika Syarikat (590 buah) buat sementara waktu.
Peruncit fesyen kedua terbesar dunia itu dalam satu kenyataan berkata keputusan sama turut dilakukan membabitkan cawangan di Kanada, Portugal dan Belgium.
Difahamkan, penutupan tersebut berkuat kuasa 17 Mac hingga 2 April ini.
Syarikat itu berkata pekerja yang terjejas akibat penutupan akan terus menerima gaji selama dua minggu.
Dalam pada itu, kenyataan itu memaklumkan cawangan H&M di China kembali beroperasi dan pulih secara beransur-ansur, selain sedang memberi tumpuan kepada penyesuaian pembelian dan produk.
Terdahulu, H&M mengumumkan penutupan semua rangkaian kedai mereka termasuk di Itali, Sepanyol, Republik Czech, Bulgaria dan Perancis.
H&M mempunyai lebih daripada 5,000 cawangan di 74 pasaran di seluruh dunia.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#H&M tutup
#HapusCOVID-19
#koronavirus
#pandemik
#penularan jangkitan
#Peruncit fesyen kedua terbesar dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan