awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesuruhjaya EU jangka kadar pengusiran tertinggi sejak 2019
Pulau Pinang fokus pelancongan kapal persiaran nilai tinggi, manfaat peluasan GSPC
Jeganathan teliti beberapa perkara sebelum mohon kembali ke Olahraga Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: India longgar sekatan selepas kes menurun

Astro Awani
Astro Awani
07/06/2021
00:23 MYT
COVID-19: India longgar sekatan selepas kes menurun
Saintis memberi amaran gelombang ketiga akibat COVID-19 akan melanda India pada akhir tahun ini. - Foto ETX Studio
INDIA melaporkan 114,460 kes jangkitan baharu koronavirus pada Ahad, yang terendah dalam tempoh dua bulan.
Pada masa sama, jumlah kematian akibat COVID-19 meningkat sebanyak 2,677 kes, ketika beberapa bahagian negara itu bersedia untuk melonggarkan sekatan pergerakan.
India mempunyai jangkitan koronavirus kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dengan jumlah kumulatif kes sebanyak 28.8 juta.
Negara itu turut mengalami 346,759 kematian akibat virus itu.
Gelombang kedua koronavirus telah melanda kawasan pedalaman di negara itu, dan ia masih belum reda.
New Delhi dan bandar-bandar lain berusaha untuk membolehkan lebih banyak perniagaan beroperasi dan peraturan pergerakan dilonggarkan bermula Isnin.
Negeri terkaya di India, Maharashtra, antara yang paling teruk terjejas ketika gelombang kedua dan merancang untuk melonggarkan sekatan secara perlahan-lahan pada minggu ini.
Saintis memberi amaran gelombang ketiga akibat COVID-19 akan melanda India pada akhir tahun ini dan kemungkinan akan memberi lebih kesan kepada kanak-kanak.
Walaupun negara itu telah meningkatkan keupayaan vaksinasi dalam beberapa minggu terakhir, majoriti penduduk dari 1.3 bilion populasi itu masih belum divaksinasi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#India
#jangkitan baharu
#kematian
#sekatan pergerakan
#jumlah kematian
#koronavirus
#kelonggaran
#sekatan
#gelombang ketiga
#Kanak-kanak
#jangkitan
#perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan