INDIA memulakan kempen vaksinasi COVID-19 peringkat nasional pada Sabtu, dengan keutamaan suntikan kepada petugas kesihatan.
Kerajaan itu mensasarkan untuk memvaksinasi 300 juta orang, termasuk 30 juta doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang lain.
Ini diikuti dengan 270 juta untuk golongan berumur 50 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik dan berisiko terhadap koronavirus.
Dos pertama diberikan kepada pekerja kesihatan di All Indian Institute of Medical Sciences di New Delhi sejurus Perdana Menteri Narendra Modi memulakan kempen itu.
Kira-kira 100 individu diberikan suntikan di setiap 3,006 pusat vaksinasi di seluruh India pada hari pertama kempen.
"Kita melancarkan program vaksinasi terbesar di dunia dan ini menunjukkan kepada dunia kemampuan kita," kata Modi.
Beliau meminta rakyat negara itu agar tetap mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mempercayai khabar angin mengenai keselamatan vaksin tersebut.
Tidak dimaklumkan sama ada pemimpin berusia 70 tahun itu sendiri telah menerima vaksin atau tidak, seperti mana para pemimpin dunia lain, dalam usaha membuktikan keselamatan suntikan itu.
Sebelum ini, kerajaan India mengatakan, ahli politik tidak akan dianggap sebagai kumpulan yang diberi keutamaan pada fasa pertama pelancaran.
BACA: Pekerja pembersihan orang pertama terima vaksin COVID-19 di India
Pada 4 Jan lalu, India memberikan kelulusan penggunaan kecemasan dua vaksin, iaitu keluaran AstraZeneca dan syarikat tempatan Bharat Biotech.
Minggu lepas pesawat kargo menerbangkan 16.5 juta suntikan dos kepada beberapa bandar raya di India.
India berada di kedudukan kedua selepas Amerika Syarikat dari segi jumlah kes COVID-19, iaitu sebanyak 10.5 juta, dan berada di kedudukan ketiga dunia dalam jumlah kematian, iaitu 152,000 kes.
Astro Awani
Sat Jan 16 2021

Petugas kesihatan beratur menunggu giliran untuk menerima vaksin COVID-19 dalam program vaksinasi besar-besaran di sebuah pusat perubatan di Mumbai, India, 16 Jan, 2021. REUTERS

COVID-19: MIDA lancar portal mudahcara kemasukan pelancong perniagaan
Portal berkenaan merupakan sebahagian komponen kritikal Kerajaan Malaysia khusus bagi mempercepatkan kemasukan pelancong perniagaan.

Potong barisan untuk divaksinasi? Denda sehingga RM10,000 menanti!
Tindakan boleh diambil dengan arahan Ketua Pengarah Kesihatan di bawah Seksyen 21A - Arahan Ketua Pengarah.

Rasuah | Tambah baik undang-undang berkaitan rasuah
Kita bersama Prof Madya Dr. Salawati Mat Basir, Pensyarah Undang-Undang Antarabangsa dan Pengajian Keselamatan UKM bagi penjelasan dan perinciannya.

Pertimbang semula SOP pakai sarung tangan di premis pakaian - PEKA
SOP tersebut dikhuatiri akan menambahkan lambakan sisa pepejal plastik yang sukar terurai di tapak pelupusan sampah.

Kebenaran rentas daerah legakan usahawan, penggiat pelancongan di Terengganu
Beri ruang kepada pemain industri pelancongan dan usahawan mempelbagaikan aktiviti serta meraih pendapatan.

Siapa di sebalik 'adiwira' Ebit Liew, eksklusif di Astro AWANI malam ini
Eksklusif bersama Ustaz Ebit Liew malam ini bakal menjawab semua persoalan anda.

AWANI Ringkas: Lagi gesaan segerakan sidang Parlimen | KPM arah LPM pantau isu soalan SPM bocor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (1:00PM).

Perak FC perkenal jersi baharu tajaan syarikat tempatan
Jersi rasmi pasukan The Bos Gaurus ditaja sebuah syarikat tempatan, Kaki Jersi Sdn. Bhd. (KJ).

543 pegawai, anggota bomba Melaka terima suntikan vaksin COVID-19
Program Imunisasi COVID -19 peringkat negeri Melaka diteruskan dengan seramai 543 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)negeri itu menerima suntikan vaksin.

COVID-19: Pakai gelang berteknologi tinggi mulai 11 Mac
Pelaksanaan peranti pengesanan tersebut termasuk dalam lima peruntukan baharu yang dimasukkan ke dalam Ordinan Darurat.

Kajian IDE: Majoriti responden pilih letak jawatan, bubar Parlimen
Berdasarkan kajian yang dibuat 31 peratus orang Melayu mahu parlimen dibubarkan, manakala 21 peratus kaum Cina membuat keputusan yang sama dan 32 peratus kaum India juga memberikan jawapan yang sama.

"Saya tidak boleh menulis, kini berdepan masalah kesihatan" - Amitabh Bachchan
Bintang Bollywood Amitabh Bachchan kini dilaporkan sedang mengalami masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di India.

COVID-19: Kes positif global lebih 113.6 juta, korban 2.52 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 28.52 juta kes.

COVID-19: Kes positif cecah 112 juta
Kes kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 2.49 juta.

COVID-19: Kes positif global hampir 112 juta
Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan 28,248,745 kes, diikuti India dengan 11,016,434 dan Brazil 10,195,160.

Kerajaan pandang serius isu lelaki didakwa murtadkan wanita Islam - Zulkifli
Menurut Zulkifli, kes berkenaan kini dalam siasatan dan tindakan pihak polis.

COVID-19: Angka korban global kini melepasi 2.44 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan hampir 28 juta kes.

COVID-19: Kes positif hampir 110.2 juta, korban lebih 2.43 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 27.87 juta kes.

COVID-19: Kes positif global lebih 109.3 juta, korban 2.41 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 27.72 juta kes.

COVID-19: Kes positif global lebih 109.05 juta, korban 2.4 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 109.05 juta kes.