Mahkamah benar lanjutan masa tiga bulan sekat PSI guna AS$340 juta dikaitkan 1MDB

Pada 11 Dis 2024, Mahkamah Tinggi membenarkan perintah sekatan itu yang berakhir pada 10 Dis lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk melanjutkan tempoh sekatan terhadap PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi benarkan kerajaan lanjut tempoh sekatan AS$340 juta milik PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, yang dikaitkan dengan 1MDB hingga 23 Mac 2026.
- Keputusan ini berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat selepas Mahkamah menyatakan perlunya mencari keseimbangan antara kepentingan awam dan keperluan pihak pendakwaan.
- Sekatan tersebut adalah sebahagian usaha kerajaan Malaysia dalam mendapatkan perintah bagi menghalang pemindahan wang yang dikaitkan dengan 1MDB, yang bermula sejak penubuhan 1MDB PetroSaudi Ltd pada tahun 2010.
"Saya mengambil kira bantahan pihak responden (Obaid) kerana perkara ini telah berlanjutan lama, namun, saya juga mengambil kira kepentingan awam, mahkamah perlu mencari keseimbangan dan memberi sedikit masa supaya pihak pendakwaan dapat menyelesaikan kes mereka.
"Mahkamah memberikan tempoh lanjutan masa selama tiga bulan dari tarikh perintah dibenarkan pada hari ini," katanya.
Pada 11 Dis 2024, Mahkamah Tinggi membenarkan perintah sekatan itu yang berakhir pada 10 Dis lepas.
Pada 2020, mahkamah membenarkan permohonan kerajaan mendapatkan perintah interim bagi menghalang pihak-pihak daripada memindahkan wang dikaitkan dengan 1MDB dan menyimpannya dalam akaun pihak ketiga berkecuali yang dipegang oleh firma itu.
Perintah interim itu adalah untuk mengekalkan status quo pihak-pihak sehingga pelupusan permohonan larangan kerajaan untuk mendapatkan perintah bagi menghalang sebarang urusan ke atas wang milik PSI dan PSOS-VZ.
Kerajaan Malaysia mendakwa wang berkenaan datang daripada dana 1MDB dalam usaha sama dengan PSI untuk menubuhkan 1MDB PetroSaudi Ltd pada 2010.
Permohonan itu difailkan di bawah Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Pada Ogos 2024, media antarabangsa melaporkan bahawa Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland mensabitkan Obaid dengan kesalahan berhubung penyelewengan AS$1.8 bilion daripada 1MDB dan dia dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


