BANGKOK: Thailand sedang mempertimbang untuk melonggarkan beberapa sekatan COVID-19 termasuk mengembalikan semula program ‘Test & Go’ tanpa kuarantin, kerana jangkitan baharu semakin berkurang.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata Kementerian Kesihatan Awam akan mengesyorkan kepada Pusat Pentadbiran Situasi COVID19 (CCSA) untuk menyambung semula program "Test & Go", mulai bulan depan.
"Kementerian Kesihatan Awam juga akan mengesyorkan pembukaan lebih banyak kawasan pengecualian 'sandbox' termasuk di wilayah Chiang Mai, Chonburi dan Khon Kaen," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.
Anutin menambah bahawa Thailand merancang untuk menurunkan tahap amaran COVID-19 daripada Tahap 4 kepada Tahap 3 dan mengkategorikan semula zon kawalan apabila jangkitan COVID-19 semakin perlahan dengan kemasukan ke hospital dan kematian terus berkurang.
Bagaimanapun, pusat hiburan termasuk kelab malam, pub dan bar akan kekal ditutup, tambahnya.
CCSA dijangka bermesyuarat pada Khamis.
Thailand pada 1 Nov mula membuka pintu kepada pelawat yang lengkap divaksin dari 63 negara dan wilayah melalui program 'Test & Go" dengan pelancong dibenarkan melawat wilayah lain sebaik sahaja mereka negatif ujian COVID-19 semasa ketibaan.
Namun, program itu digantung pada akhir Disember tahun lalu kerana kebimbangan mengenai penyebaran varian Omicron di negara itu.
Di bawah inisiatif 'sandbox', pengembara boleh melangkau kuarantin wajib dan melakukan perjalanan bebas di kawasan tertentu selama tujuh hari dan menjalani dua ujian COVID-19.
Sehingga kini, terdapat empat destinasi di bawah 'sandbox' iaitu Phuket, Phang Nga, Krabi dan Koh Samui.
Dalam tempoh 24 jam yang lalu, Thailand melaporkan 6,379 kes baharu COVID-19 dan 18 kematian, menjadikan jumlah jangkitan negara itu kepada 2,337,811 dan 21,956 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022

Thailand pada 1 Nov mula membuka pintu kepada pelawat yang lengkap divaksin dari 63 negara dan wilayah melalui program 'Test & Go" dengan pelancong dibenarkan melawat wilayah lain sebaik sahaja mereka negatif ujian COVID-19 semasa ketibaan. - Reuters

Nahas pesawat China Eastern mungkin disengajakan - Laporan
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) percaya seseorang di dalam kokpit pesawat itu dengan sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas.

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Sabah FC kongsi mata dengan pendahulu Liga Super, JDT
Skuad The Rhinos terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Baddrol Bakhtiar.

Iran antara negara tertinggi kadar pemvaksinan di dunia
Iran adalah antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia, kata Pengarah Pencegahan Penyakit Kementerian Kesihatan Iran, Mohsen Zahraei pada Selasa.

Permintaan tinggi jenama tertentu tepung gandum punca kekurangan bekalan - Nanta
Negara hanya mengimport 15 peratus bekalan gandum dari India, Amerika Syarikat dan Ukraine manakala selebihnya dari Australia.

Orban angkat sumpah PM Hungary untuk penggal kelima
Dalam ucapannya, Orban memberi amaran bahawa masa sukar menanti di hadapan.

Cabaran pasca-COVID dalam subsektor perikanan tuntut komitmen berterusan LKIM
Komitmen itu juga penting agar hasil perikanan sentiasa mencukupi dalam terus menjamin sekuriti makanan negara.

Politik Filipina | Protes bantah lawatan Ferdinand Marcos Jr di Melbourne
Masyarakat Filipina di Australia berhimpun di melbourne bagi membantah lawatan bakal presiden, Ferdinand Marcos Junior yang dipercayai melawat anaknya di negara itu. Menurut jurucakapnya, Marcos Junior berada di Australia untuk tujuan lawatan peribadi bersama keluarga.

Terbuka Thailand: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke pusingan kedua
Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memulakan kempen mereka di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2022.

Harimau Malaya | 29 Pemain sertai kem latihan bermula 19 Mei
Matthew Davies, Afiq Fazail, Guilherme De Paula, Junior Eldstal dan Norshahrul Idlan Talaha antara sembilan pemain baharu yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 19 Mei ini. Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengumumkan, seramai 29 pemain yang telah disenaraikan sebagai persiapan mengharungi dua aksi persahabatan dan kelayakan Piala Asia 2023 yang bermula 27 Mei depan.

Terbuka Thailand: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke pusingan kedua
Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memulakan kempen mereka di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2022.

Setengah jam pujuk wanita warga asing buka pintu bilik hotel
Wanita terbabit yang menawarkan khidmat seks berada bersama pelanggannya dalam bilik berkenaan ketika serbuan.

Sukan SEA: Vietnam lawan skuad B-23 kebangsaan di separuh akhir
Malaysia akan membuat perhitungan menentang juara bertahan, Vietnam di peringkat separuh akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA ke-31.

Sukan SEA Hanoi: Skuad regu berpasukan sepak takraw tempuh nasib berbeza
Skuad sepak takraw lelaki negara gagal menyaingi kehebatan musuh tradisi, Thailand setelah tumpas 0-3 dalam aksi sulung acara berpasukan pada Sukan SEA ke-31 di Pusat Sukan Hoang Mai hari ini.

Thailand sertai pemimpin dunia perbaharui ikrar dan komitmen tamatkan pandemik COVID-19
Thailand turut dermakan lebih 3.3 juta dos vaksin COVID-19 bernilai AS$14.5 juta kepada negara yang kekurangan vaksin tahun ini.

Keluarga 2 mangsa sindiket penipuan pekerjaaan di Thailand mohon bantuan polis, kerajaan
Keluarga kepada dua pemuda, dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Thailand, memohon bantuan pihak polis dan kerajaan Malaysia.

JPJ Perlis pantau kenderaan keluar masuk Malaysia-Thailand
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis sentiasa melakukan pemantauan sejak pintu sempadan Malaysia-Thailand dibuka.

Tentera Thailand boikot Lazada
Langkah itu diambil selepas Lazada didakwa mengeluarkan iklan yang menyinggung institusi (diraja) dan memberi kesan kepada rakyat Thailand.

Kerajaan Perlis harap Zon Aliran Bebas di Wang Kelian dibuka semula
Langkah itu adalah bagi membolehkan rakyat tempatan mendapat faedah sewajarnya di samping menghidupkan kembali kawasan itu yang semakin suram.

Mayat warga Thailand ditemui tersangkut celah batu
Identiti mangsa disahkan oleh adiknya yang tinggal bersama keluarga mereka di sebuah rumah yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa ditemui.