awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jawa, Bali diisytihar darurat

Astro Awani
Astro Awani
01/07/2021
05:31 MYT
COVID-19: Jawa, Bali diisytihar darurat
Joko Widodo mengumumkan pelaksanaan perintah Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) atau darurat di seluruh Jawa dan Bali berkuat kuasa 3 Julai dan berakhir pada 20 Julai. - Gambar fail
JAKARTA: Dalam usaha membendung penularan COVID-19 di Jawa dan Bali, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan pelaksanaan perintah Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) atau darurat.
"Saya memutuskan untuk memberlakukan PPKM darurat dari 3 hingga 20 Julai 2021 khusus di Jawa dan Bali," kata Jokowi dalam pengumuman yang dibuat di Istana Kepresidenan pada Khamis.
Pengumuman darurat di Jawa dan Bali dibuat susulan penularan varian Delta yang menyaksikan peningkatan kes COVID-19 di negara itu sejak seminggu lalu.
Serentak itu, Jokowi berkata, kerajaan akan menggunakan seluruh jentera yang ada untuk mencegah penularan COVID-19
“Tentera, polis, doktor, kakitangan awam dan perubatan harus bekerja keras sebaik mungkin untuk melawan wabak ini,” kata Jokowi.
Selama pelaksanaan perintah darurat di Jawa dan Bali hanya beberapa sektor penting sahaja dibenarkan beroperasi.
Pelaksanaan perintah darurat itu akan meliputi 122 wilayah dan kota di seluruh Jawa yang merangkumi 60 peratus daripada 270 juta populasi Indonesia selain di kepulauan Bali yang menjadi destinasi percutian popular yang memiliki kepadatan empat juta orang.
Indoesia merekodkan jumlah kes COVID-19 tertinggi di Asia Tenggara sehingga mencecsah 2.17 juta kes dilaporkan serta 58,000 kematian.
Lima hari terakhir sehingga 30 Jun lalu, negara itu merekodkan 20,000 jangkitan baharu setiap hari.
Kerajaan Indonesia sedang berusaha mengawal angka jangkitan baharu COVID-19 berikutan sistem kesihatan negara itu sedang berada dalam situasi kritikal ekoran perkembangan terbaharu wabak itu.
Bahkan, petugas-petugas kesihatan negara itu juga sudah mula mengeluh selain tidak kurang yang sudah mengalah kerana terlalu penat.
Berdasarkan perintah darurat, semua industri yang tidak termasuk dalam sektor penting perlu bekerja dari rumah, manakala 50 peratus kakitangan di sektor perbankan, pasaran saham, komunikasi dan teknologi serta petugas hotel harus bekerja mengikut syif-syif yang dibenarkan.
Pusat beli-belah, rumah ibadah, taman reakreasi akan ditutup manakala restoran hanya dibenarkan operasi untuk perkhidmatan membungkus makanan sahaja.
Sementara majlis perkahwinan dibenarkan dengan jumlah tetamu terhad kepada 30 orang dan tanpa jamuan, sebaliknya, dibekalkan pek makanan.
Pasaraya atau kedai menjual barangan keperluan hanya boleh dibuka sehingga pukul 8 malam dengan jumlah pengunjung terbatas pada 50 peratus kapasiti.
Topic Berkaitan
#jawa
#Bali
#darurat
#Jawa Bali diisytihar darurat
#Indonesia
#Joko Widodo
#Jokowi
#varian baharu
#COVID-19
#Varian Delta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan