awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar doa kesejahteraan Sultan Hassanal jalani rawatan kesihatan
Ketua PBB beri amaran rujuk Israel ke ICJ jika undang-undang sasar UNRWA tidak dimansuhkan
Stuart Wilkin tinggalkan Sabah, kembali ke pangkuan JDT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jepun tarik semula perintah darurat di 39 kawasan

Astro Awani
Astro Awani
14/05/2020
22:59 MYT
COVID-19: Jepun tarik semula perintah darurat di 39 kawasan
Tegas Abe, perintah darurat akan kembali dilaksanakan sekiranya jumlah jangkitan kembali meningkat. (Foto AP/Fail)
PERDANA Menteri Jepun, Abe Shinzo menarik semula perintah darurat di 39 daripada 47 kawasan di negara itu.
Bagaimanapun, lapan kawasan berisiko tinggi termasuk Tokyo, Osaka, Kyoto dan Hokkaido kekal melaksanakan perintah berkenaan.
Tegas Abe, perintah darurat akan kembali dilaksanakan sekiranya jumlah jangkitan kembali meningkat.
“Kebimbangan mengenai trend jangkitan masih wujud. Ketika kita menuju norma kehidupan baru, aktiviti sosial sepenuhnya dan aktiviti ekonomi, sebenarnya ia meningkatkan risiko.
“Sekiranya setiap daripada rakyat tidak mengamalkan sikap waspada, kita tidak dapat meramal apa yang akan berlaku dalam tempoh dua minggu akan datang. Malangnya sekiranya kadar jangkitan meningkat, kerajaan mungkin akan melaksanakan semula perintah darurat,” katanya.
BACA: Jepun dijangka lanjutkan tempoh darurat untuk sebulan lagi
BACA: COVID-19: Jepun isytihar darurat seluruh negara
Menurut Abe, pakar kesihatan akan membuat penilaian berhubung tahap kebolehjangkitan, sama ada perintah darurat di kawasan berisiko tinggi boleh ditarik semula.
Jepun melaksanakan perintah darurat sebulan bermula 7 April lalu, dengan enam bandar. Ia kemudian diperluaskan ke seluruh negara.
BACA: Jepun umum sekatan kemasukan 14 lagi negara
BACA: COVID-19: Jepun isytihar darurat seluruh negara
Keputusan melonggarkan perintah darurat ini dibuat ketika kadar jangkitan di negara itu menunjukkan penurunan. Ia bagi mengelakkan ekonomi negara itu lumpuh.
Negara matahari terbit itu mencatatkan 16,000 kes positif COVID-19 dengan 680 kematian.
Topic Berkaitan
#Abe Shinzo
#COVID-19
#darurat
#ekonomi
#jangkitan
#Jepun
#kawasan berisiko tinggi
#kelonggaran
#kematian
#norma baru
#Shinzo Abe
#tahap kebolehjangkitan
#tarik balik
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan