awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS tetapi tinggi berbanding mata wang utama
Sah! BTS jelajah ke KL, bakal pukau 200,000 ARMY
Pemimpin seterusnya perlu berintegriti, ikhlas berkhidmat - Abang Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua PBB beri amaran rujuk Israel ke ICJ jika undang-undang sasar UNRWA tidak dimansuhkan

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2026
00:40 MYT
Ketua PBB beri amaran rujuk Israel ke ICJ jika undang-undang sasar UNRWA tidak dimansuhkan
Guterres menegaskan PBB tidak boleh berdiam diri terhadap -tindakan yang diambil oleh Israel". - Foto fail/REUTERS
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres, memberi amaran kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bahawa negaranya boleh dirujuk ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sekiranya Israel gagal memansuhkan undang-undang yang menyasarkan agensi pelarian Palestin PBB, UNRWA, serta memulangkan semula aset dan hartanah yang dirampas.

Ringkasan AI
  • Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, memberi amaran Israel boleh dirujuk ke ICJ jika gagal memansuhkan undang-undang yang menyasarkan UNRWA serta memulangkan aset dan hartanah agensi itu.
  • Israel meluluskan undang-undang melarang UNRWA beroperasi, memutuskan bekalan elektrik dan air ke kemudahannya, serta merampas pejabat UNRWA di Baitulmaqdis Timur.
  • Israel menolak amaran PBB dan menuduh UNRWA terlibat dengan keganasan, manakala PBB menegaskan UNRWA penting bagi bantuan kemanusiaan di Gaza, dengan ratusan kakitangannya terbunuh sejak perang bermula.

Dalam sepucuk surat bertarikh 8 Januari kepada Netanyahu, Guterres menegaskan PBB tidak boleh berdiam diri terhadap “tindakan yang diambil oleh Israel yang jelas bercanggah dengan kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa dan mesti dibatalkan tanpa sebarang kelewatan”, memetik laporan Al Jazeera.
Parlimen Israel meluluskan undang-undang pada Oktober 2024 yang melarang UNRWA beroperasi di Israel serta menghalang pegawai Israel daripada berurusan dengan agensi itu.
Undang-undang tersebut kemudiannya dipinda bulan lalu bagi melarang bekalan elektrik dan air ke kemudahan UNRWA.
Pihak berkuasa Israel juga merampas pejabat UNRWA di Baitulmaqdis Timur yang diduduki pada bulan lalu.
PBB menganggap Baitulmaqdis Timur sebagai wilayah yang diduduki Israel, namun Israel menganggap keseluruhan Baitulmaqdis sebagai sebahagian daripada negaranya.
Guterres menegaskan bahawa UNRWA merupakan “bahagian penting Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu” dan mengingatkan bahawa Israel kekal terikat dengan Konvensyen 1946 mengenai Keistimewaan dan Kekebalan PBB, yang menetapkan bahawa premis PBB adalah tidak boleh dicerobohi.
Duta Israel ke PBB, Danny Danon, menolak keras kandungan surat tersebut.
Dalam satu hantaran di platform X, beliau berkata Israel tidak gentar dengan ancaman Setiausaha Agung PBB dan menuduh Guterres mempertahankan sebuah organisasi yang didakwa terlibat dengan keganasan.
The UN Secretary-General is trying to intimidate Israel. In a letter he sent to Prime Minister Netanyahu, he threatened to file a complaint with the International Court of Justice in The Hague against the State of Israel. Instead of addressing the serious issue of UNRWA pic.twitter.com/MmhYfDBJcO
— Danny Danon (@dannydanon) January 13, 2026
Israel sejak sekian lama berusaha membubarkan UNRWA, yang ditubuhkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada 1949 selepas perang penubuhan Israel.
Sejak itu, agensi berkenaan menyediakan bantuan, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan kepada jutaan rakyat Palestin di Gaza, Tebing Barat yang diduduki, Syria, Lubnan dan Jordan.
Israel mendakwa kira-kira selusin kakitangan UNRWA terlibat dalam serangan pimpinan Hamas pada 7 Oktober 2023 di selatan Israel, yang mengorbankan 1,139 orang dan menyaksikan kira-kira 240 individu dibawa ke Gaza sebagai tawanan.
PBB memaklumkan sembilan kakitangan UNRWA yang disyaki terlibat telah dipecat dan berjanji menyiasat semua tuduhan, sambil menyatakan bahawa Israel belum mengemukakan bukti terperinci walaupun berulang kali diminta.
Menurut laporan PBB bertarikh 5 Januari, perang Israel ke atas Gaza telah mengorbankan 382 kakitangan UNRWA, angka tertinggi korban dalam kalangan kakitangan PBB sejak penubuhan pertubuhan itu pada 1945.
Pegawai kanan PBB dan Majlis Keselamatan PBB menyifatkan UNRWA sebagai tulang belakang kepada usaha bantuan kemanusiaan di Gaza, yang kini berdepan bencana kemanusiaan besar-besaran.
Pada Oktober 2025, ICJ mengulangi bahawa Israel wajib menghormati sepenuhnya keistimewaan dan kekebalan PBB, termasuk UNRWA dan kakitangannya, serta memastikan keperluan asas penduduk awam Gaza dipenuhi.
Pendapat nasihat ICJ itu diminta oleh Perhimpunan Agung PBB yang dianggotai 193 negara, dan walaupun tidak mengikat, ia membawa berat undang-undang serta politik.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Antonio Guterres
#ICJ
#Israel
#UNRWA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami