BERLIN: Jerman akan menarik semula kebanyakan larangan yang dikuat kuasakan sebelum ini bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

Langkah itu diambil ketika kes harian COVID-19 di negara itu masih mencatatkan peningkatan drastik.

Canselor, Olaf Scholz memaklumkan, 16 negeri merekodkan kes harian melebihi 300,000 kes dan ia merupakan berita buruk.

Namun penarikan semula larangan adalah berdasarkan indikator penggunaan unit rawatan rapi (ICU) masih terkawal.

Bermula 20 Mac, penggunaan pelitup muka di kawasan tertutup seperti sekolah dan pasar raya ditarik semula.

Tetapi ia masih wajib digunakan di klinik dan pusat jagaan.

Kerajaan negeri mempunyai hak untuk melaksanakan sekatan sekiranya didapati peningkatan penggunaan katil hospital dan ICU.