PENGUMUMAN Rusia berjaya menghasilkan vaksin COVID-19 pertama di dunia mengundang keraguan dan kebimbangan.
Dalam kalangan pakar di antarabangsa, mereka masih skeptikal dan mempertikaikan keputusan ujian klinikal itu memandangkan tempoh kelulusan yang singkat.
Para saintis di Rusia dan negara lain memberi amaran bahawa tindakan terburu-buru menawarkan vaksin sebelum ujian peringkat akhir selesai boleh menimbulkan risiko.
Percubaan fasa tiga melibatkan puluhan ribu sukarelawan dan boleh memakan masa berbulan lamanya dan ia satu-satunya cara membuktikan sama ada vaksin itu berkesan dan selamat.
Seorang pakar di Pusat Keselamatan Kesihatan Johns Hopkins University, Amesh Adalja, melahirkan kebimbangan, sekiranya vaksin Rusia bermasalah, ia akan merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap sebarang vaksin COVID-19 selepas ini.
"Saya berpendapat, ada kemungkinan ia berbahaya untuk dilakukan sebelum kita tahu sejauh mana vaksin itu selamat dan efektif.
"Kerana, ketika ini kita terlibat dalam satu perlumbaan global untuk membangunkan satu vaksin secepat mungkin.
"Dan kita bukan saja perlu bimbang tentang keselamatan dan keberkesanannya, tetapi harus mewujudkan keyakinan kepada orang ramai sehingga mereka benar-benar ingin mengambil vaksin ini.
"Dan sekiranya ada sesuatu yang tidak kena, ia akan jadi satu halangan buat kita. Oleh itu, kita mesti sangat berhati-hati dalam melakukannya.
"Sekiranya sesuatu berlaku dalam pengalaman Rusia dari segi isyarat keselamatan baru ini, atau mungkin ia kemudiannya didapati tidak begitu berkesan, perkara ini akan mewarnai kesemua vaksin lain dan menyukarkan usaha menyampaikan mesej kesihatan awam," katanya.
Terdahulu, Presiden Vladimir Putin mendakwa Rusia menjadi negara pertama di dunia meluluskan vaksin COVID-19, selepas dua bulan mengujinya ke atas manusia.
Tegasnya, dengan kejayaan ini, kepakaran negara itu dalam bidang saintifik sudah terbukti.
Namun begitu, vaksin itu masih perlu melalui ujian terakhir.
Putin menekankan, vaksin berkenaan melalui ujian-ujian yang diperlukan dan terbukti berkesan.
"Setahu saya, vaksin COVID-19 pertama diluluskan. Saya tahu ia terbukti berkesan dan mewujudkan imuniti badan yang stabil. Ia telah melepasi segala ujian yang diperlukan," katanya.
Malah, beliau juga memaklumkan, anak perempuannya sendiri sudah menerima vaksin terbabit.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Rusia memberitahu, vaksin berkenaan dijangka menawarkan imuniti daripada jangkitan itu sehingga dua tahun.
Kata kementerian itu, fasa ketiga ujian klinikal bermula hari ini (Rabu).
Dakwaan Moscow itu juga turut mengundang kebimbangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Jurucakap WHO memaklumkan, pra kelulusan sebarang vaksin perlu melalui penilaian ketat badan terbabit.
"Kami sedang dalam perbincangan dengan pihak berkuasa kesihatan Rusia berhubung isu pra kelulusan vaksin COVID-19.
"Tetapi pra kelulusan apa jua vaksin memerlukan penilaian ketat berhubung data keselamatan yang diperlukan," kata jurucakap itu.
Menurut data WHO, sekurang-kurangnya empat vaksin kini dalam fasa ketiga ujian klinikal ke atas manusia sementara lebih 100 vaksin COVID-19 sedang dibangunkan di seluruh negara.
Rusia setakat ini mencatatkan hampir 900,000 kes COVID-19 dengan lebih 15,000 kematian.
Astro Awani
Wed Aug 12 2020
Seorang pekerja perubatan menjalankan ujian COVID-19 di sebuah pusat pemeriksaan di lapangan terbang Vnukovo, di pinggir Moscow, Rusia, 7 Ogos, 2020. (Foto AP)
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?