ONSA perkukuh keselamatan pengguna, platform digital - KPN

Mohd Khalid berkata, kerugian akibat jenayah penipuan dalam talian yang ditanggung rakyat Malaysia mencecah lebih RM2.7 bilion dari Januari hingga November tahun lalu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyokong penuh pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) yang disifatkan sebagai kerangka perundangan baharu bagi memperkukuh keselamatan pengguna serta meningkatkan tanggungjawab platform digital.
Ringkasan AI
- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyokong pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) bagi memperkukuh keselamatan pengguna dan mengurangkan kerugian akibat jenayah penipuan dalam talian yang mencapai RM2.7 bilion.
- ONSA bertujuan menyekat penyebaran kandungan berbahaya dalam platform digital serta memperkukuh tindakan terhadap eksploitasi kanak-kanak, penipuan dalam talian, penyalahgunaan identiti, dan kandungan ekstremisme.
- PDRM akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta pihak berkaitan untuk memastikan tindakan terhadap jenayah siber dilaksanakan secara berkesan dan pantas, dengan rekod kes eksploitasi seksual kanak-kanak yang mencemaskan.
"Pelaksanaan akta ini turut memperkukuh tindakan terhadap eksploitasi kanak-kanak, penipuan dalam talian, penyalahgunaan identiti dan kandungan ekstremisme," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, pendekatan itu selaras dengan komitmen PDRM untuk melindungi rakyat serta memastikan keselamatan dalam persekitaran siber pada masa hadapan.
Seiring pelaksanaan ONSA, beliau berkata PDRM kekal komited memperkukuh kesiapsiagaan dalaman melalui peningkatan keupayaan pemantauan digital, penambahbaikan proses siasatan serta pengukuhan perkongsian maklumat strategik tanpa menjejaskan keselamatan operasi.
Mohd Khalid yakin, ONSA akan memperkukuh perlindungan pengguna, mengukuhkan integriti ruang digital negara serta menjamin keselamatan generasi masa hadapan dalam menghadapi landskap siber yang semakin kompleks.
Dalam perkembangan sama, Mohd Khalid menegaskan, PDRM akan terus bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), kementerian berkaitan serta penyedia platform digital menerusi pendekatan whole-of-government bagi memastikan tindakan terhadap jenayah siber dapat dilaksanakan secara lebih pantas, tersusun dan berkesan.
Jelasnya, sebanyak 688 kes eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian direkodkan dari Januari 2021 hingga November tahun lalu.
Sementara 351 kes berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) dilaporkan antara Januari 2021 dan Oktober tahun lalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


