Catatan awal mengesahkan tambahan 347 kes jangkitan COVID-19 di Singapura dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlahnya di republik ini 40,197.
Data tengah hari menunjukkan terdapat lima kes dalam komuniti dengan dua melibatkan rakyat Singapura atau penduduk tetap manakala tiga lagi adalah pemegang pas pekerja.
Kementerian Kesihatan (MOH) republik ini dalam satu kenyataan di sini menjelaskan bahawa majoriti yang besar itu masih melibatkan pekerja asing yang ditempatkan di asrama.
Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat Jumaat, Singapura mengklasifikasi 1,782 adalah kes komuniti, 580 kes import dan 37,488 pekerja asing di asrama.
Secara keseluruhannya, 28,040 kes COVID-19 atau kira-kira 70 peratus daripada jumlah semalam iaitu 39,850 telah dibenar pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan komuniti.
Setakad Jumaat, terdapat 239 kes disahkan yang masih berada di hospital dengan dua kes dalam keadaan kritikal di unit penjagaan rapi.
Sementara itu, 11,546 kes dengan simptom sederhana atau secara klinikal sihat tetapi masih positif ujian COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.
Singapura yang mengumumkan dua kematian pertama pada 21 Mac, sehingga hari ini mencatatkan 25 kematian akibat jangkitan COVID-19.
Susulan tiada lagi kes dikaitkan dengan asrama di 50A Tuas Link 4 sejak dua tempoh inkubasi iaitu 28 hari, kluster berkenaan kini ditutup, demikian menurut kementerian itu.
Tiga kluster baharu yang dikenalpasti semalam melibatkan dua asrama iaitu di 55 Genting Lane; dan 21 Tuas View Loop; serta di kawasan pembinaan Stirling Residences.
Setakad 12 Jun, kluster terbesar di Singapore ialah S11 Dormitory @ Punggol dengan jumlah 2,737 kes disahkan manakala yang melibatkan asrama yang terbesar di republik ini ialah di Sungei Tengah Lodge dengan 2,036 kes.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 13 2020

Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat Jumaat, Singapura mengklasifikasi 1,782 adalah kes komuniti, 580 kes import dan 37,488 pekerja asing di asrama. - Gambar fail/BERNAMA

Anak gajah ditemui mati, dipercayai dilanggar kenderaan berat
Anak gajah itu dianggarkan berusia empat hingga lima tahun.

Peperiksaan utama: Pelajar perlu anggap ia sebagai permainan, kurang tekanan
Pelajar yang bakal menduduki peperiksaan dinasihatkan untuk menganggap ia sebagai satu permainan.

Banjir Sabah: 9 daerah masih terjejas, 673 mangsa dipindahkan
Sehingga pagi Isnin, seramai 673 mangsa dipindahkan, berbanding 348 yang dilaporkan petang kelmarin.

Tiga rakan dituduh bunuh lelaki
1 Januari lalu, mayat seorang lelaki yang dikehendaki polis dijumpai orang awam di kawasan belukar berhampiran sebuah kuil di Tanjung Rambutan, dengan kesan tetakan.

Annuar Musa saran Zahid Hamidi pimpin UMNO hingga tamat penggal
Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk disarankan supaya berehat memimpin parti itu dengan rasa hormat.

AWANI Ringkas: Gesaan pembangkang kepada MKN | Amaran MetMalaysia di Sabah dan Sarawak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Wanita didakwa pukul kucing bunting dengan besi hingga mati
Dia dituduh dengan kejam memukul seekor kucing betina berwarna jingga dan seekor anak kucing betina berwarna putih-kelabu dengan sebatang besi.

Baiki SOP, benarkan restoran beroperasi selepas 8 malam - Ahli Parlimen pembangkang
Ahli Parlimen pembangkang menggesa MKN untuk memperbaiki SOP tersebut kerana ia memberi kesan kepada para peniaga yang hanya bergantung kepada pendapatan harian mereka.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini berikutan pengukuhan dolar.

Bursa Malaysia susut awal pagi kerana kekurangan penyertaan peniaga
Bursa Malaysia mengambil petunjuk daripada kelemahan Wall Street pada penutupan Jumaat lepas.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini berikutan pengukuhan dolar.

Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat ditutup sementara bermula hari ini
Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 1800-88-2747 ditutup sementara bermula Isnin, sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

PKP 2.0: Lelaki rempuh sekatan jalan raya COVID-19 ditahan
Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku cuai sewaktu memandu kerana menggunakan telefon bimbit.

COVID-19: Brazil lulus penggunaan kecemasan dua vaksin
Brazil kini memiliki 6 juta dos vaksin Sinovac dan sedia diedarkan dalam masa beberapa hari.

COVID-19: Angka korban dunia melebihi 2.02 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 397,000 kes.

COVID-19: Kes positif dunia melebihi 94.82 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 23.87 juta kes.

Peniaga ubah strategi promosi jualan makanan pastikan perniagaan bertahan
Deretan kedai makan di kawasan tumpuan di bandar Melaka kini lengang dan hanya dipenuhi motosikal penghantar makanan.

COVID-19: Malaysia antara negara terawal di dunia gunakan RTK-Ag
RTK-Ag telah digunakan untuk memastikan keputusan saringan apabila penularan COVID-19 didapati tinggi dalam kawasan penduduk tertentu.

Beberapa cawangan, pejabat LHDN ditutup sementara
Beberapa cawangan dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di negeri tertentu akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

Industri insurans dan takaful cari kaedah kurangkan perbelanjaan pesakit COVID-19
Industri insurans dan takaful sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta Bank Negara Malaysia untuk meneroka kaedah bagi mengurangkan perbelanjaan rawatan pesakit COVID-19.