WASHINGTON: Gabenor di Amerika Syarikat digesa untuk bekerjasama dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) bagi melanjutkan jangka hayat vaksin Johnson & Johnson.

Ini selepas jutaan dos tidak digunakan menghampiri tarikh luput.

Menurut penasihat COVID-19 di White House, Andy Slavitt, ia termasuk mengkaji prosedur penyimpanan vaksin yang mungkin dapat memastikan ia tahan lebih lama.

FDA, katanya, sedang mengusahakan rancangan bagi menyimpan vaksin J&J yang tidak digunakan dengan selamat.

J&J mendakwa pihaknya sedang menjalankan kajian penilaian kestabilan berterusan untuk tidak menetapkan tarikh luput bagi vaksin keluarannya.

Kebimbangan keselamatan menjadi penyebab mengapa lambakan dos tidak digunakan di Amerika Syarikat (AS).

Dilaporkan hanya separuh daripada 21 juta dos yang dihasilkan tidak digunakan.

J&J dilaporkan mempunyai lebih 100 juta lagi bekalan vaksin namun penghantarannya masih tidak dapat ditentukan.

White House dalam usaha mempermudahkan lagi akses suntikan vaksin dengan memperluaskannya di tempat kerja di seluruh AS.

Sebilangan besar negeri di AS sudah mendaftarkan 70 peratus vaksin kepada orang dewasa.

Pada Isnin, sekitar 63.7 peratus orang dewasa telah menerima vaksin sekurang-kurangnya satu dos mendekati sasaran Presiden Joe Biden untuk memvaksinasi 70 peratus penduduk menjelang 4 Julai.