awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kadar penularan tinggi hampir 67 peratus daerah di AS

Astro Awani
Astro Awani
29/07/2021
01:20 MYT
COVID-19: Kadar penularan tinggi hampir 67 peratus daerah di AS
Kes koronavirus di Amerika meningkat susulan varian Delta yang pantas menular dan kini menyumbang 80 peratus kes baharu di negara itu. - Foto fail/REUTERS/Brendan McDermid
WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mendedahkan, 66.6 peratus daerah di negara itu mencatat kadar penularan COVID-19 yang cukup tinggi.
Ini sekali gus membuatkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup diperlukan dan polisi berkenaan perlu segera diteruskan.
Kadar penularan meningkat daripada 63.4 peratus pada Selasa.
Kata CDC, secara keseluruhan, 49.9 peratus daerah di Amerika Syarikat mempunyai kadar penularan komuniti yang tinggi dan 16.7 peratus mempunyai kadar penularan yang ketara.
Pada Selasa, CDC mengembalikan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup bagi rakyat yang telah diberikan vaksin.
Penularan yang ketara bermaksud sekurang-kuranya 50 kes baharu bagi setiap 100,000 penduduk dalam tujuh hari terakhir.
Sementara penularan yang tinggi adalah lebih daripada 100 kes setiap 100,000 penduduk sepanjang seminggu.
Selain garis panduan yang lebih ketat awal bulan ini, CDC juga mengesyorkan semua pelajar, guru dan kakitangan sekolah memakai pelitup muka tanpa mengira status vaksinasi.
Kes COVID-19 di Amerika Syarikat meningkat susulan varian Delta yang pantas menular dan kini menyumbang 80 peratus kes baharu di negara itu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pelajar
#pelitup muka
#sekolah
#vaksin
#Varian Delta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan