awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembantu kedai perkakasan rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket tawaran hadiah wang tunai
Lelaki maut terperangkap dalam lubang pembentung
RTB Bagan Datuk Fasa 1 bernilai RM87.6 juta dirancang tangani isu banjir - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kalau Trump suruh ambil vaksin, saya tidak mahu - Kamala Harris

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
08/10/2020
02:13 MYT
COVID-19: Kalau Trump suruh ambil vaksin, saya tidak mahu - Kamala Harris
Kamala Harris berkata beliau sedia mengambil vaksin COVID-19 sekiranya disahkan oleh pakar perubatan dan bukannya Trump. -REUTERS
WASHINGTON:Senator Kamala Harris menolak untuk mengambil vaksin COVID-19 sekiranya diarah Presiden AS Donald Trump.
Calon Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) itu berkata beliau hanya akan berbuat demikian jika disyorkan pakar kesihatan awam, Dr (Anthony) Fauci.
"Sekiranya pakar kesihatan awam, Dr (Anthony) Fauci memberitahu yang kita harus mengambilnya, tentunya, saya akan menjadi orang pertama.
"Tetapi jika Donald Trump suruh, saya tidak akan ambil," kata Harris.
Beliau berkata demikian ketika ditanya moderator Susan Page yang juga Ketua Biro Washington, USA Today ketika debat calon naib presiden AS.
Ia susulan kenyataan Naib Presiden Mike Pence yang mendakwa AS mungkin akan mengeluarkan vaksin COVID-19 akhir tahun ini.
Menurut Pence, lima syarikat AS sedang menjalani ujian klinikal fasa ketiga bagi menguji vaksin tersebut.
"Saya percaya hujung tahun ini dan kita mempunyai kapasiti untuk menyelamatkan nyawa beribu-ribu nyawa rakyat AS.
"Saya mahu rakyat AS tahu bahawa sejak hari pertama lagi Presiden Trump mengutamakan isu kesihatan (rakyat) AS," kata Pence.
Topic Berkaitan
#Debat Naib Presiden AS
#Joe Biden
#Donald Trump
#Kamala Harris
#Mike Pence
#COVID-19
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan