KUALA LUMPUR: Peningkatan jumlah kematian mendadak di kalangan figura terkenal China menyebabkan sebilangan besar rakyat di sana mempersoalkan angka rasmi kematian disebabkan COVID-19.
Memetik BBC, orang ramai mula mempertikaikan angka rasmi kematian akibat COVID 19 selepas kematian penyanyi opera terkenal, Chu Lanlan, bulan lalu.
Namun begitu, punca kematian secara tiba-tiba penyanyi bersuara soprano berusia 40 tahun itu tidak didedahkan kepada orang ramai.
Menurut Operawire, Chu Lanlan merupakan penyanyi berbakat Opera Peking iaitu teater seni di mana penghibur membuat persembahan menerusi pertuturan, lagu, tarian dan pergerakan pertempuran untuk bercerita termasuk persembahan untuk tujuan amal.
Selain Chu Lanlan, kematian Gong Jintang secara tiba-tiba turut mengejutkan penduduk China. Aktor berusia 83 tahun itu dilaporkan meninggal dunia pada 1 Januari lalu.
Nama Gong menjadi terkenal selepas penampilannya drama bersiri TV paling lama ditayangkan di China bertajuk In-Laws, Out-laws. Punca kematiannya masih tidak jelas namun netizen mengaitkan dengan kematian warga emas yang sebaya dengan pelakon itu.
Sementara itu, bekas wartawan dan professor pesara dari Universiti Nanjing, Hu Fuming, 87, dilaporkan meninggal dunia pada 2 Januari lalu.
Dalam masa sama, kematian penulis skrip terkenal Ni Zhen, 84, juga menjadi bualan penduduk di China. Beliau terkenal dengan karyanya dalam filem Raise the Red Lantern yang ditayangkan pada 1991.
Bulan lalu, China melonggarkan dasar 'Sifar-COVID-19' selepas ia secara tiba-tiba memansuhkan dasar sifar COVID 19 yang menyaksikan peningkatan kes secara mendadak.
Terdapat laporan yang memberitahu bahawa hospital dan pusat pembakaran mayat menjadi sesak susulan peningkatan kes.
China tidak lagi mengumumkan angka korban dan kes harian COVID-19 di seluruh republik itu sejak akhir Disember lalu.
Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) memaklumkan langkah terbaharu itu sekali gus menamatkan amalan yang dibuat sejak awal 2020.
Agensi
Fri Jan 06 2023
Punca kematian secara tiba-tiba penyanyi bersuara soprano berusia 40 tahun itu tidak didedahkan kepada orang ramai. - Twitter/ @jenniferzeng97
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.