Kes baharu positif COVID-19 di wilayah Victoria, Australia mencatatkan penurunan pada Sabtu dengan 182 kes baharu termasuk 13 kematian.
Ini merupakan hari kedua berturut-turut wilayah tersebut mencatatkan kes baharu di bawah 200 kes.
Hanya 24 kes baharu yang dicatatkan tanpa sumber yang dikenal pasti, berbanding ratusan kes tanpa sumber yang direkodkan pada awal Ogos lalu.
Susulan kenaikan kes wilayah tersebut, Melbourne bandar kedua terbesar di wilayah tersebut dikenakan perintah berkurung sejak awal Ogos lalu.
Perintah berkurung tersebut akan dilaksanakan sehingga 13 September depan.
Sementara itu, penularan yang berkaitan dengan sebuah pusat tahanan di Queensland telah menyebabkan Ketua Menteri Queensland, Annastacia Palaszczuk melaksanakan semula sekatan terhadap perhimpunan awam.
"Perkara pertama yang kami sampaikan adalah sekatan dikenakan semula serta-merta. Aktiviti berkumpul kini dikurangkan kepada 10 orang satu masa.
"Aktiviti berkumpul di luar juga dikurangkan kepada 10 orang satu masa," katanya.
Kluster berkaitan Pusat Tahanan Belia Brisbane kini merekodkan tujuh kes termasuk enam kes baharu pada Sabtu.
Agensi
Sat Aug 22 2020

Ini merupakan hari kedua berturut-turut wilayah tersebut mencatatkan kes baharu dibawah 200 kes. - Foto REUTERS

COVID-19 | KKM wujud talian sokongan bagi petugas atasi tekanan mental, fizikal
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengakui petugas barisan hadapan KKM sudah lama mengalami kelesuan mental dan fizikal. Atas sebab itu, beliau berkata, kementerian telah pun mewujudkan talian sokongan psikososial bagi membantu petugas menghadapi bebanan akibat tekanan kerja yang berterusan.

COVID-19: 12 kes kematian dan 3,170 kes baharu - Dr Noor Hisham
Sebanyak 12 lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan pada Khamis, dengan kesemuanya membabitkan warganegara Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 642.

PERMAI | Majikan sambut baik Program Subsidi Upah 3.0
Langkah kerajaan memperkenalkan Program Subsidi Upah 3.0 di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memberi kelegaan kepada majikan untuk beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (P-K-P) 2.0. Wakil Astro AWANI di Kedah yang membuat tinjauan dalam kalangan majikan mendapati rata-rata menyifatkan inisiatif itu sebagai sangat membantu dalam menampung kos pengoperasian mereka.

Tahap keresahan, tekanan rakyat Malaysia paling tinggi - IPSOS
Menurut tinjauan Firma Penyelidikan Pasaran dan Perundingan Antarabangsa, IPSOS, keresahan tersebut tercetus ekoran perubahan rutin selain tekanan keluarga.

COVID-19: Jumlah eksport pemanggang barbeku China melambung
Penularan COVID-19 merangsang permintaan pemanggang barbeku China susulan norma baharu penduduk di seluruh dunia yang lebih selesa untuk memasak di rumah bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Presiden baharu AS | Agenda Biden untuk 10 hari pertama
Joe biden akhirnya mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat dalam upacara yang berlangsung dengan suasana penuh kemeriahan pada malam Rabu. Kini, apa yang dinanti-nantikan rakyat adalah strategi baharu dalam mendepani krisis kesihatan dan ekonomi, yang dijangka dilancarkan dalam 10 hari pertama biden di White House.

China pergiat persiapan sukan Olimpik Musim Sejuk 2022
Perbandaran sukan Olimpik Musim Sejuk ke-24 di bandar Zhangjiakou, Wilayah Hebei kini siap sepenuhnya untuk penganjuran sukan itu yang bakal berlangsung dari 4 hingga 20 Februari 2022.

PdPR perlu diperkasa, AMK gesa wujud taks force rentas parti
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia PKR, Akmal Nasir berkata, jawatan kuasa itu perlu melibatkan ahli Parlimen daripada pembangkang dan pihak-pihak berkepentingan kumpulan masyarakat sivil.

Waktu operasi kedai makan dilanjutkan jadi tumpuan sidang media Ismail Sabri hari ini
Lebih 30,000 pemeriksaan telah dilakukan di pelbagai premis di seluruh negara termasuk di terminal pengangkutan darat, udara dan air.

Keperluan lanjutkan BKSS akan ditentukan sebuah jawatankuasa - Abang Johari
Keperluan untuk melanjutkan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 5.0 akan dipantau sebuah jawatankuasa sekiranya penularan COVID-19 masih berlarutan di Sarawak.

COVID-19: Kes baharu di Victoria catat penurunan dengan 182 kes baharu
Kes baharu positif COVID-19 di wilayah Victoria, Australia mencatatkan penurunan pada Sabtu dengan 182 kes baharu termasuk 13 kematian.

Queensland laksana sekatan perjalanan terhadap mereka yang tiba dari Sydney
Queensland, Australia mula menguatkuasakan sekatan perjalan terhadap mereka yang tiba dari Sydney dan mereka perlu dikuarantin di hotel-hotel yang disediakan selama dua minggu.