Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34.96 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 31.6 juta kes dan Brazil dengan lebih 19.88 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 6 juta kes adalah Perancis dan Rusia, sementara Turki dan United Kingdom melebihi 5 juta kes.
Argentina, Colombia dan Itali pula catat kes melebihi 4 juta.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 3.4 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.5 juta, sementara Malaysia mencatatkan 1.1 juta kes.
Manakala Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 500,000 dan lebih 60,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 4.21 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 613,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 555,000 kes, India lebih 423,000 kes dan Mexico lebih 240,000 kes.
Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 81,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 94,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 27,000 diikuti Malaysia, manakala Thailand dengan lebih 4,000 angka korban.