awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Kemarau 10 tahun berakhir! Pearly-Thinaah jelmakan emas beregu wanita

Astro Arena
Astro Arena
14/12/2025
07:14 MYT
Sukan SEA: Kemarau 10 tahun berakhir! Pearly-Thinaah jelmakan emas beregu wanita
Kemenangan ini menandakan kilauan emas pertama peribadi bagi pasangan tersebut dalam kejohanan dwitahunan itu. - Foto Bernama
PENANTIAN 10 tahun berakhir apabila gandingan ranking kedua dunia, Pearly Tan-M. Thinaah, berjaya memenangi pingat emas buat kem badminton negara dalam Sukan SEA Thailand 2025, sebentar tadi.

Ringkasan AI
  • Gandingan ranking kedua dunia, Pearly Tan-M. Thinaah, menjuarai pingat emas pertama bagi Malaysia dalam Sukan SEA Thailand 2025 selepas 10 tahun penantian.
  • Kemenangan ini menandakan kilauan emas pertama peribadi bagi pasangan tersebut dalam kejohanan dwitahunan itu, mengatasi cabaran Indonesia dalam set penentuan.
  • Pearly-Thinaah memberikan kebanggaan kepada negara dengan kemenangan membanggakan, disaksikan oleh legenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei.

Untuk rekod, kali terakhir pasangan wanita meraih kejuaraan itu ialah Amelia Alicia Anscelly dan Soong Fie Cho pada 2015 di Singapura.
Lebih manis, ia juga merupakan kilauan emas pertama peribadi buat mereka berdua dalam kejohanan dwitahunan itu.
EMAS pertama dari kem badminton 1 dekad penantian emas bagi beregu wanita dan hari ini Pearly & Thinaah menamatkan kemarau. Tahniah diucapkan#KitasemuaTeamMAS #ChampionsRising #SEAGamesThailand2025 #33rdseagames pic.twitter.com/2Y75t8TqBK
— Astro Arena (@ASTROARENA) December 14, 2025
Set pertama menyaksikan juara Masters Jepun itu tidak mengalami sebarang masalah apabila mudah menundukkan cabaran Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari, 21-16.
Memasuki set kedua, meskipun mendahului 7-1 pada suatu ketika, namun pihak lawan enggan mengaku kalah tatkala mencipta kebangkitan sensasi untuk kedudukan 13-13.
Perlawanan terpaksa diheret ke set penentuan tatkala Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari menutup set kedua dengan 21-19.
Aksi semakin memuncak di antara kedua-dua pasangan dengan hanya kesilapan yang bakal menjadi pemisah. Kepenatan jelas terpancar di wajah Pearly apabila sering menjadi mangsa serangan Indonesia.
Kedua-dua saling bertukar servis, namun semangat juang Pearly-Thinaah harus diberi pujian menggunung. 21-17 pada set terakhir memberikan kemenangan membanggakan Malaysia apabila pukulan terakhir Pearly menghadiahkan pingat emas pertama beregu wanita dalam tempoh 10 tahun.
Legenda merangkap Olimpian, Datuk Lee Chong Wei, turut menjadi saksi kejayaan Pearly-Thinaah hari ini! -- Stadium Astro


Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#Pearly Tan-M Thinaah
#pingat emas
#kalahkan Indonesia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan