COPENHAGEN: Kadar jangkitan koronavirus dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 14 tahun kini adalah yang tertinggi di Eropah.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Wilayah Eropah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Hans Kluge pada Selasa.

Justeru itu, Kluge menggesa negara-negara untuk melindungi kanak-kanak dan sekolah sebagai sebahagian daripada strategi tindak balas.

"Kadar notifikasi kes telah meningkat merentasi semua kumpulan umur, dengan kadar tertinggi pada masa ini diperhatikan dalam kumpulan umur lima hingga 14 tahun.

"Walaupun kes dan kematian meningkat lebih daripada dua kali ganda dalam tempoh dua bulan lalu, kematian COVID-19 kekal jauh di bawah puncak sebelum ini.

"Oleh itu, kematian akan menjadi jauh lebih teruk tanpa vaksinasi. 55 peratus daripada semua individu di Eropah dan Asia Tengah telah diberi vaksin sepenuhnya dan 43 daripada 50 negara kini menawarkan dos penggalak tambahan kepada populasi yang paling berisiko," katanya.

Beliau menambah, ketika kes dan kematian meningkat lebih daripada dua kali ganda dalam tempoh dua bulan lalu, kes kematian akibat COVID-19 kekal jauh di bawah paras puncak sebelum ini.

Tegas beliau keadaan telah bertambah baik akibat vaksinasi.

Lebih separuh daripada individu di Eropah dan Asia Tengah kini telah divaksin sepenuhnya.

43 daripada 50 negara di rantau itu menawarkan dos penggalak.

Setakat Isnin, katanya, terdapat 432 kes Omicron di seluruh rantau itu ketika saintis berlumba-lumba untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keterukan dan kebolehtularan varian baharu itu.

Kluge berkata vaksinasi mandatori harus menjadi pilihan mutlak terakhir.