JUMLAH keseluruhan penularan jangkita COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi angka 111 juta kes.

Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal negara paling tinggi penularan pandemik berkenaan iaitu lebih 28 juta kes.

Angka itu diikuti India sebanyak 11 juta kes, manakala Brazil lebih 10.16 juta kes.

United Kingdom dan Rusia pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat angka manakala Perancis dan Sepanyol melebihi 3 juta kes.

Sementara itu, kes kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 2.47 juta kes.

Data menunjukkan Amerika Syarikat (AS) negara tertinggi mencatatkan kes kematian iaitu mencecah 500,000, diikuti Brazil dengan lebih 246,000 kes, Mexico dan India masing-masing melebihi 150,000 kes.

Bagaimanapun sebahagian besar negara-negara lain merekodkan jumlah angka korban di bawah 20,000 kes.