JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini mencecah 167 juta kes.

Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.13 juta kes.

Ini diikuti India dengan 26.75 juta kes dan Brazil dengan lebih 16.2 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka lima juta kes ialah Perancis dan Turki.

Russia, United Kingdo dan Itali mencatat lebih empat juta kes, manakala Jerman dan Sepanyol pula merekod lebih tiga juta kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 3.46 juta kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 590,167 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 449,858 kes, India dengan 303,720 kes dan Mexico dengan 221,647 kes.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 100,000 kes termasuk United Kingdom, Itali, Perancis, Rusia, Sepanyol, Jerman, Iran dan Colombia.