awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buru dua lelaki disyaki terlibat kes rompakan bersenjata
Kes kecederaan dalam kalangan 'weekend warriors' semakin meningkat
STR terus jadi sandaran bantu kos sara hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif cecah 174 juta, korban 3.75 juta

Astro Awani
Astro Awani
09/06/2021
22:10 MYT
COVID-19: Kes positif cecah 174 juta, korban 3.75 juta
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 3.75 juta kes. -REUTERS
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini mencecah angka 174 juta.
Jumlah jangkitan menunjukkan kadar setara berbanding sebelum ini dengan lebih 300,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.4 juta kes.
Ini diikuti India dengan 29 juta kes dan Brazil dengan lebih 17juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia.
United Kingdom, Itali dan Argentina pula catat kes melebihi 4 juta.
Jerman, Sepanyol, dan Colombia pula melebihi 3 juta kes.
Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih 2 juta kes.
Peru, Indonesia, Belanda, Afrika Selatan dan Kanada antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 3.75 juta kes.
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 598,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 474,000 kes; India lebih 351,000 kes; Mexico lebih 228,000 kes.
Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#jumlah kematian
#Johns Hopkins University
#Amerika Syarikat
#Brazil
#India
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan