JUMLAH keseluruhan penularan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 200 juta.

Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 202,105,740, dengan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 35,730,560 kes.

Angka itu diikuti India sebanyak 31,895,385 kes, manakala Brazil dengan 20,108,746  juta kes.

Ini diikuti Russia, Perancis dan United Kingdom dengan kes melebihi enam juta, manakala Turki dan Argentina mencatat kes di paras lima juta ke atas.

Negara dengan kes melebihi empat juta termasuk Colombia, Sepanyol, Itali dan Iran.

Sementara itu, kes kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini pula kini mencecah 4.2 juta.

Data menunjukkan Amerika Syarikat negara tertinggi mencatatkan kes kematian iaitu 616,547 diikuti Brazil dengan 561,762 kes, manakala India dan Mexico masing-masing mencatat 427,321 dan 243,733.

Turut mencatat angka korban tinggi ialah Russia (161,343), United Kingdom (130,585) dan Itali (128,187).