JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia dijangka melepasi angka 100 juta minggu ini.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata setahun lalu, kurang 1,500 kes dilaporkan kepada agensi itu, termasuk hanya 23 kes di luar China.
“Minggu ini, kami menjangkakan akan mencapai 100 juta kes.
“Angka boleh membuatkan kami mati rasa terhadap apa yang diwakilinya.
“Bagaimanapun, setiap seorang yang terkorban adalah ibu bapa, pasangan, anak dan kawan kepada seseorang,” katanya pada sidang taklimat media WHO pada Isnin.
BACA: COVID-19: Korban seluruh dunia cecah 2.13 juta
Memetik laporan Xinhua, beliau juga menyarankan agar proses memvaksinasi pekerja kesihatan dan warga emas dilakukan di semua negara dalam tempoh 100 hari pertama tahun ini.
Beliau juga memetik dua laporan terbaharu yang menunjukkan bahawa tanpa akses yang saksama terhadap vaksin COVID-19, dunia bukan sahaja berdepan dengan satu bencana kegagalan moral tetapi juga kegagalan ekonomi.
Berdasarkan laporan baharu daripada Organisasi Tenaga Kerja Antarabangsa yang menganalisis kesan pandemic terhadap pasaran tenaga kerja global, sekitar 8.8 peratus daripada waktu kerja global hilang pada 2020 sekali gus mengakibatkan penurunan pendapatan buruh global yang bersamaan dengan AS$3.7 trilion.
Laporan berkenaan juga menjangkakan bahawa kebanyakan negara akan pulih pada separuh kedua tahun 2021, bergantung kepada perlancaran vaksinasi.
Ia juga mengesyorkan sokongan antarabangsa dan pelancaran vaksinasi di negara berpendapatan rendah dan sederhana selain membantu mempromosikan pemulihan ekonomi dan pekerjaan.
Laporan kedua yang dilakukan Chamber of Commerce Research Foundation, mendapati nasionalisme vaksin boleh menelan belanja ekonomi global sehingga AS$9.2 trilion, iaitu hampir separuh daripadanya (sekitar AS$4.5 trilion) akan ditanggung ekonomi negara yang terkaya.
Bagaimanapun, jurang pembiayaan untuk program Access to COVID-19 Tools Accelerator yang dipimpin WHO ialah AS$26 bilion tahun ini, menurut Dr Tedros.
Beliau menambah, sekiranya ACT Accelerator dibiayai sepenuhnya, ia akan memberikan pulangan sebanyak AS$166 bagi setiap dollar yang dilaburkan.
“Nasionalisme vaksin mungkin memenuhi matlamat pendek politik.
“Namun, ia memanfaatkan ekonomi jangka sederhana dan panjang setiap negara untuk menyokong ekuiti vaksin,” katanya.
Agensi
Mon Jan 25 2021

Dr Tedros juga menyarankan agar proses memvaksinasi pekerja kesihatan dan warga emas dilakukan di semua negara dalam tempoh 100 hari pertama tahun ini. -Gambar fail

Vaksin COVID-19 | Pulau Pinang terima 62,000 dos
Pulau Pinang bakal menerima 62,000 dos vaksin dalam masa terdekat selepas menerima 16,000 dos vaksin Pfizer-BioNTech pada Ahad lepas. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, lima kotak penghantaran yang diterima kelak adalah tambahan dos kedua kepada 31,000 penerima fasa pertama yang perlu disuntik dalam tempoh 21 hari.

Ingkar SOP PKP: 509 lagi individu ditahan
Daripada jumlah itu, 472 individu dikompaun, manakala 37 lagi direman.

Telur, ikan antara makanan terbaik buat anak makin bijak! Baca tip ini
Makanan sememangnya memainkan peranan yang cukup penting buat anak-anak kita yang sedang membesar.

Polis Labuan buka kertas siasatan, bantah laungan azan
Ia berkaitan tiga laporan polis berhubung hantaran melalui aplikasi Facebook membantah laungan azan di Masjid Sultan Muhammad V.
![[TERKINI] Politik | Pakatan Harapan berdepan kemelut? [TERKINI] Politik | Pakatan Harapan berdepan kemelut?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892893/31570730741614503410740_640x360.jpg)
[TERKINI] Politik | Pakatan Harapan berdepan kemelut?
Dua orang lagi Ahli Parlimen PKR keluar parti, selepas seorang ADUN Amanah keluar partinya untuk menyertai PKR. Ini hanya episod terbaru dalam krisis lompat politik yang telah membelenggu parti-parti komponen PH sejak beberapa bulan lepas. Tatkala PRU15 semakin hampir, adakah PH sekali lagi gagal mencapai solidariti dan membina kepercayaan dalam kalangan parti komponennya?

AWANI Ringkas: Dua bekas ahli parlimen PKR sokong PN | Bekas tiga Adun AMANAH sertai PKR, jejas PH

Tragedi mandi di Pantai Sungai Ular: Mayat mangsa hilang ditemukan
Mayat kanak-kanak yang hilang semasa mandi di Pantai Sungai Ular di sini semalam, ditemukan kira-kira 12.45 tengah hari tadi.

Hampir 3,000 babi akan dilupus di Sabah untuk halang penularan ASF
Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata jumlah tersebut dikesan di daerah Pitas dan sebanyak 22 ekor babi telah dilupuskan dalam fasa pertama.
![[TERKINI] Politik | PN di landasan tepat, keluar parti demi rakyat [TERKINI] Politik | PN di landasan tepat, keluar parti demi rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892891/27199807091614502530234_640x360.jpg)
[TERKINI] Politik | PN di landasan tepat, keluar parti demi rakyat
Dan ini reaksi Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon. Ikuti reaksi yang baharu kami terima.

Dera Anak | suami isteri hukuman gantung sampai mati
Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati manakala dua lagi anak pasangan itu dilepaskan dan dibebaskan kerana membunuh seorang gadis yang juga ahli keluarga mereka.

28 individu dan dua pemilik premis futsal dikompaun kerana tidak patuh SOP - Polis
28 individu sedang asyik bermain futsal di sebuah premis di Gombak dikompaun selepas didapati tidak mematuhi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada Sabtu.

Mahkamah Rayuan Putrajaya kendalikan prosiding rayuan secara dalam talian bermula esok
Kes pertama membabitkan seorang perayu yang juga banduan yang akan mengikuti prosiding berkenaan dari Penjara Kajang.

Pusat beli-belah eCurve tutup operasi 31 Mac ini?
Malaysia Shopping Mall mendakwa, pusat membeli-belah itu bakal menamatkan operasi pada 31 Mac ini.

Pulau Pinang akan terima 62,000 dos vaksin dalam tempoh terdekat
Lima kotak penghantaran yang akan diterima kelak adalah tambahan dos kedua kepada 31,000 penerima fasa pertama.

Pharmaniaga sasar proses 80,000 dos vaksin sehari
Mohamed Iqbal berkata, jumlah itu mengambil kira kekangan pembersihan kilang yang akan dibuat selepas 18 jam sehari.

Kempen vaksinasi COVID-19 bermula di Thailand
Program vaksinasi itu diadakan pada Ahad di sebuah institusi penyakit berjangkit di pinggiran Bangkok.

COVID-19: Chow Kon Yeow disuntik vaksin, program imunisasi Pulau Pinang bermula
Kon Yeow menerima suntikan di Auditorium Hospital Pulau Pinang kira-kira jam 10.25 pagi Ahad.

COVID-19: Auckland jalani perintah berkurung kedua bulan ini
Langkah berkenaan diambil susulan satu kes baharu dikesan yang didapati telah dijangkiti selama seminggu namun tidak menjalani kuarantin.

'Elvis Presley' dan rakan lega boleh cari rezeki
Elvis Pilep kini menarik nafas lega setelah mendapat 'lampu hijau' untuk mengadakan persembahan dan menjana sumber pendapatan semula.

Vaksin Johnson & Johnson dibenarkan di AS
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika membenarkan pengunaan vaksin Johnson & Johnson pada Sabtu.