awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KSN santuni mangsa banjir di Kuantan

Bernama
Bernama
19/12/2025
03:30 MYT
KSN santuni mangsa banjir di Kuantan
Shamsul Azri meluangkan masa di beberapa PPS untuk melihat sendiri keadaan mangsa banjir dan menghulurkan bantuan. - Foto Facebook/Shamsul Azri Abu Bakar
KUANTAN: Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar turun padang menyantuni mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di sini, semalam.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau, Shamsul Azri meluangkan masa di beberapa PPS untuk melihat sendiri keadaan mangsa banjir dan menghulurkan bantuan.
"Saya sempat singgah ke PPS Sekolah Kebangsaan Pandan dan PPS Taman Tas menyantuni dan menghulurkan sedikit bantuan kepada mangsa-mangsa musibah banjir," menurut hantaran itu.
Shamsul Azri turut menzahirkan penghargaan kepada petugas dan sukarelawan yang membantu mangsa banjir.
"Terima kasih kepada seluruh petugas dan sukarelawan yang bertungkus lumus memberikan bantuan. Doa saya moga dipermudah segala urusan dan keselamatan buat kalian," katanya dalam hantaran sama.
Setakat 8.30 pagi tadi, Pahang merekodkan 13,472 mangsa banjir daripada 4,437 keluarga yang ditempatkan di 81 PPS di enam daerah, iaitu Kuantan, Maran, Rompin, Pekan, Jerantut dan Lipis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#Shamsul Azri Abu Bakar
#bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan