JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 136.29 juta.

Ini berikutan pertambahan lebih ratusan ribu kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.24 juta kes.

Ini diikuti Brazil dan India dengan masing-masing merekodkan 13.52 juta kes dan 13.48 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis sementara melebihi 4 juta adalah Rusia dan United Kingdom. 

Sementara Itali, Turki, Sepanyol dan Jerman melebihi 3 juta.

Poland, Colombia, Argentina dan Mexico mencatat lebih 2 juta kes.

Ukraine, Peru, Afrika Selatan, Indonesia, Kanada dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala, Romania, Belgium, Iraq, Portugal dan Filipina pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka positif di bawah 300,000 kes.



Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan drastik selepas merekodkan lebih 10,000 kematian. 

Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.94 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 562,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 353,000 kes, Mexico, lebih 209,000 kes.

Manakala India, United Kingdom, Itali dan Rusia  pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Rusia, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Colombia. 

Ini termasuk Iran, Argentina, Afrika Selatan, Poland dan Peru.

Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Indonesia, Ukraine dan Turki.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.