JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini mencecah 266.2 juta, berikutan 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 49 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 34.6 juta kes dan Brazil lebih 22.1 juta kes.

United Kingdom catat lebih 10 juta kes dan Rusia kini catat lebih 9 juta kes manakala Turki menghampiri jumlah tersebut.

Angka jangkitan di Perancis kini mencecah 8 juta sementara Argentina, Sepanyol dan Colombia mencatatkan angka lebih 5 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.6 juta kes dan Thailand dengan 2.1 juta kes.

Manakala Singapura merekodkan lebih 269,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini menghampiri 5.26 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 789,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 615,000 kes, India lebih 473,000 kes dan Mexico lebih 295,000 kes.

Sementara Rusia kini catat lebih 276,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 88,000 kes adalah Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 49,000 diikuti Malaysia dengan 30,000 kes, manakala Thailand, lebih 20,000 angka korban.