JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 402 juta.
Ini berikutan lebih 3.11 juta kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan bilangan kes COVID-19 global kini mencecah 402,436,562.
Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 77 juta kes.
Ini diikuti India dengan 42 juta kes, Brazil (26 juta) dan Perancis (21 juta).
Sementara itu, negara yang mencatatkan jumlah kes positif COVID-19 melebihi angka 10 juta ialah United Kingdom (18,122,761), Rusia (13,128,679), Turki (12,554,674), Itali (11,847,436), Jerman (11,650,505) dan Sepanyol (10,502,141).
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.5 juta kes.
Ini diikuti Filipina dengan lebih 3.6 juta, Malaysia lebih 2.9 juta kes, Thailand 2.5 juta kes, manakala Singapura merekodkan 379,000 kes.
Sementara itu, angka korban akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.77 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat terus merekodkan jumlah tertinggi dengan 911,183 kes kematian setakat ini.
Ini diikuti Brazil dengan 634,118 kes kematian, India 505,279 kes, Rusia 330,609 kes dan Mexico 309,884 kes.
United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 90,000 kes ialah Sepanyol.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 144,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua angka korban tertinggi dengan lebih 54,000 diikuti Malaysia dengan 32,000 kes dan Thailand, 22,000.
Astro Awani
Wed Feb 09 2022

Pesakit COVID-19 sedang dibawa masuk ke Pusat Perubatan Maimonides di Brooklyn, New York. - Gambar fail REUTERS

Isu pelanggan tidak puas hati layanan pegawai JPJ selesai
Qiau Wei berkata, dia sudah berjumpa dengan pegawai JPJ tersebut untuk menyelesaikan perkara berkaitan pada Rabu.

Warga emas parah disondol babi hutan
Kejadian berlaku pada jam 9 pagi itu menyebabkan mangsa, Umar Ngah, 78, cedera parah pada lengan kiri dan luka di kepala, telinga serta beberapa anggota badan.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976853/thumbnails/21944859291657155083138_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: - OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus - Banjir Baling: Tak perlu ke kawasan bencana semata-mata untuk konten media sosial - Polis #AWANInews #MalaysiaSihat

Pemandu maut kereta rempuh tiang SmartTAG di LDP
Rempuhan itu menyebabkan mangsa, Wong Kok Wai, tersepit di tempat duduk pemandu.

Bursa, anak syarikat ditutup Isnin sempena Aidiladha
Operasi akan disambung semula pada 12 Julai 2022.

Kanak-kanak kritikal akibat dadah semakin pulih
Dr Noraini Abdul Rahman bagaimanapun berkata, buat sementara waktu, kanak-kanak berkenaan perlu minum menggunakan tiub melalui hidungnya.

Dua lelaki buat laporan palsu ditahan, elak denda buat kad pengenalan baharu
Hasil siasatan mendapati kejadian ragut tidak pernah berlaku dan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu ditahan pihaknya.

Program Kebersihan Masya'ir pupuk keakraban, kerjasama dalam kalangan jemaah haji Malaysia
Program berkenaan telah dilaksanakan sejak 2017 semasa jemaah berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

AWANI Ringkas: Peguam Diraja dibenar atau tidak wakili najib?

Isu Bekalan Air | Perigi kotor, penduduk beli air bersih di kampung lain
Bukan mahu merungut namun sampai bila mahu bergantung kepada air perigi, luah penduduk kampung di kepulauan Batu Sapi, Sandakan. Haparan mereka kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih kerana perigi yang digunakan selama ini sudah tidak sebersih dulu.

HRD Corp jalin kerjasama strategik dengan Johns Hopkins University
Kerjasama tersebut merangkumi penyediaan program latihan kemahiran khususnya dalam bidang teknologi tinggi dan terbaharu seperti kecerdasan buatan (AI), dan teknologi 5G.

COVID-19: Pertambahan lebih 500,000 kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Ini menjadikan jumlah kes positif yang direkodkan melepasi angka 504 juta kes.

COVID-19: Pertambahan 1.58 juta kes baharu dikesan di seluruh dunia
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.

COVID-19: Pertambahan 1.82 juta kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.

COVID-19 global: Pertambahan 1.37 juta kes baharu dalam sehari
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.

COVID-19: Pertambahan 1.47 juta kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes positif COVID-19.

COVID-19 global: Pertambahan 2.48 juta kes baharu dalam sehari
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.

COVID-19: Lebih 2.23 juta kes baharu dikesan di seluruh dunia
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.

COVID-19: Pertambahan 1.85 juta kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes positif.

COVID-19: Pertambahan 1.21 juta kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.