awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif global 80.6 juta, korban lebih 1.76 juta

Isabelle Leong
Isabelle Leong
27/12/2020
22:00 MYT
COVID-19: Kes positif global 80.6 juta, korban lebih 1.76 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi angka 80.64 juta. -Gambar fail
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi angka 80.64 juta.
Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Setakat pagi Isnin (28 Disember), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 19.07 juta kes.
Ini diikuti India dengan 10.18 juta kes dan Brazil dengan 7.46 juta kes.
Angka positif di Rusia kini melangkaui 3 juta kes dengan 3,019,972 kes.
Negara yang melepasi angka 2 juta kes ialah Perancis, United Kingdom, Turki dan Itali.
Setakat pagi Isnin (28 Disember), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 19.07 juta kes.
Setakat pagi Isnin (28 Disember), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 19.07 juta kes.
Manakala Sepanyol, Jerman, Colombia, Argentina, Mexico dan Poland antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Belanda, Indonesia, Czechia dan Belgium pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes. 37 negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini mencecah 1.76 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 332,723 kes.
Ini diikuti Brazil, India dan Mexico yang merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, United Kingdom, Perancis, Iran dan Rusia.
Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 dan 50,000 kes kematian adalah Sepanyol, Argentina, Colombia dan Peru.
Jerman, Poland, Afrika Selatan dan Indonesia pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.
Sepuluh negara lain merekodkan antara 10,000 dan 20,000 kes kematian.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#pandemik
#jumlah kematian
#Johns Hopkins University
#koronavirus
#Amerika Syarikat
#India
#Brazil
#Mexico
#Jerman
#sepanyol
#Belanda
#Argentina
#Iran
#Itali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan