JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 98 juta kes.
Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, sekali gus menjadikan kes kumulatif global kini sebanyak 98.53 juta.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 24.9 juta kes.
Ini diikuti India dengan 10.63 juta kes dan Brazil dengan 8.75 juta kes.
Manakala negara yang melepasi angka tiga juta kes adalah Rusia, United Kingdom dan Perancis sementara Sepanyol, Turki dah Jerman melebihi dua juta kes.
Colombia, Argentina, Mexico, Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine dan Peru pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Manakala Belanda, Indonesia, Romania, Belgium, Kanada, Chile, Iraq, Bangladesh, Sweden dan Pakistan pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.
Negara dalam lingkungan 300,000 sehingga 500,000 kes termasuk Maghribi, Austria, Arab Saudi, Serbia, Hungary dan Jepun.
39 negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.1 juta kes.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 416,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 215,000 kes, India dan Mexico pula merekodkan lebih 145,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk United Kingdom, Itali, Perancis, Rusia, Iran, Sepanyol, Jerman dan Colombia.
Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Argentina, Peru dan Afrika Selatan.
Indonesia, Turki dan Ukraine pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.
Astro Awani
Sat Jan 23 2021
Data terbaharu Johns Hopkins University turut menunjukkan AS masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 24.9 juta kes. - Gambar fail
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
HRD Corp jalin kerjasama strategik dengan Johns Hopkins University
Kerjasama tersebut merangkumi penyediaan program latihan kemahiran khususnya dalam bidang teknologi tinggi dan terbaharu seperti kecerdasan buatan (AI), dan teknologi 5G.
COVID-19: Pertambahan lebih 500,000 kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Ini menjadikan jumlah kes positif yang direkodkan melepasi angka 504 juta kes.
COVID-19: Pertambahan 1.58 juta kes baharu dikesan di seluruh dunia
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
COVID-19: Pertambahan 1.82 juta kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
COVID-19 global: Pertambahan 1.37 juta kes baharu dalam sehari
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
COVID-19: Pertambahan 1.47 juta kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes positif COVID-19.
COVID-19 global: Pertambahan 2.48 juta kes baharu dalam sehari
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
COVID-19: Lebih 2.23 juta kes baharu dikesan di seluruh dunia
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
COVID-19: Pertambahan 1.85 juta kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes positif.
COVID-19: Pertambahan 1.21 juta kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.