awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buruh Myanmar mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Peletakan jawatan pemimpin PN bukti kerapuhan parti - AMK Johor
Mujahid, Takiyuddin capai persetujuan tamat saman fitnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif global cecah 200 juta, korban 4.25 juta

Astro Awani
Astro Awani
04/08/2021
22:15 MYT
COVID-19: Kes positif global cecah 200 juta, korban 4.25 juta
Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.25 juta. -Gambar fail
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini mencecah 200 juta kes.
Ini berikutan lebih 700,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 35 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 31.7 juta kes dan Brazil dengan lebih 19.9 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 6 juta kes ialah Perancis dan Rusia, sementara United Kingdom (UK) dan Turki melebihi 5 juta kes.
Argentina, Colombia dan Sepanyol pula mencatat kes melebihi 4 juta.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 3.53 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.6 juta.
Malaysia 1.18 juta kes, manakala Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 600,000 dan lebih 65,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.25 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 614,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 558,000 kes, India lebih 425,000 kes, Mexico lebih 240,000 kes, sementara UK, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 81,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 100,000 kes.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 28,000 diikuti Malaysia, manakala Thailand dengan lebih 5,000 angka korban.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#angka korban
#kes positif
#Johns Hopkins University
#jumlah kematian
#United Kingdom
#Amerika Syarikat
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan