awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif global lebih 112.8 juta

Astro Awani
Astro Awani
25/02/2021
21:30 MYT
COVID-19: Kes positif global lebih 112.8 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 28.39 juta jangkitan. -Gambar fail
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini mencatatkan angka 112.84 juta berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 28.39 juta jangkitan.
Ini diikuti India dengan 11 juta kes dan Brazil dengan 10.32 juta kes.
Negara yang melebihi angka 4 juta kes positif COVID-19 ialah United Kingdom dan Rusia, sementara Perancis dan Sepanyol melebihi 3 juta.
Itali, Turki, Jerman, Colombia, Argentina dan Mexico mencatat lebih 2 juta kes positif.
Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine, Indonesia, Peru, Czechia dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih satu juta kes positif koronavirus itu.
Sementara itu, Kanada, Portugal, Chile, Romania, Belgium, Israel, Iraq, Sweden, Pakistan, Filipina, Switzerland dan Bangladesh pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.
Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Maghribi, Austria, Serbia, Jepun, Hungary, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Lebanon dan Panama.
Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.
Topic Berkaitan
#kes positif
#COVID-19
#Johns Hopkins University
#koronavirus
#Amerika Syarikat
#negara paling teruk terjejas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan