JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 134.71 juta.

Ini berikutan pertambahan lebih 700,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.08 juta kes.

Ini diikuti Brazil dan India dengan masing-masing merekodkan 13.37 juta kes dan 13.20 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 4 juta kes ialah Perancis, Rusia dan United Kingdom.

Sementara Itali, Turki dan Sepanyol mencatat angka melebihi 3 juta.

Jerman, Poland, Colombia, Argentina dan Mexico pula mencatat lebih 2 juta kes.

Ukraine, Peru, Afrika Selatan, Indonesia, Kanada dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Romania, Belgium, Iraq, Portugal dan Filipina pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka positif di bawah 300,000 kes.