awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif global lebih 177.5 juta, korban 3.85 juta

Astro Awani
Astro Awani
19/06/2021
20:45 MYT
COVID-19: Kes positif global lebih 177.5 juta, korban 3.85 juta
United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis merekodkan lebih 100,000 kes kematian akibat COVID-19. -REUTERS
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini mencecah 177.96 juta kes.
Ini berikutan lebih lima ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.52 juta kes.
Ini diikuti India dengan 29.82 juta kes dan Brazil lebih 17.8 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia.
United Kingdom, Itali dan Argentina pula mencatat kes melebihi 4 juta.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan lebih 1.97 juta kes.
Ini diikuti dengan FIlipina dengan lebih 1.35 juta kes.
Malaysia pula mencatat lebih 600,000 kes.
Manakala Thailand dan SIngapura masing-masing merekodkan lebih 200,000 dan lebih 62,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 3.85 juta kes.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 601,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 498,000 kes; India lebih 385,000 kes; Mexico lebih 230,000 kes.
Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 80,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan melebihi 54,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 23,000 kes diikuti Malaysia.
Singapura mencatat 34 kematian setakat ini.
Topic Berkaitan
#Johns Hopkins University
#jumlah kematian
#angka korban
#COVID-19
#Itali
#Brazil
#India
#Thailand
#Indonesia
#AS
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan