JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 191.2 juta.

Ini berikutan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34.15 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 31.17 juta kes dan Brazil dengan hampir 19.4 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, Rusia, Turki dan United Kingdom.

Argentina, Colombia dan Itali pula mencatat kes melebihi 4 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melepasi 2.9 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 1.5 juta.

Malaysia mencatat lebih 900,000 kes, manakala Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 426,000 dan lebih 63,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 4.1 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 609,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 542,000 kes, India lebih 414,000 kes, Mexico lebih 236,000 kes.

Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes ialah Jerman sementara Sepanyol melebihi 81,000 kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 76,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 26,000 diikuti Malaysia.

Thailand dengan lebih 3,000 angka korban.