JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 348 juta, berikutan pertambahan lebih 3.46 juta kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 70 juta kes.

Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 38 juta kes dan 23.7 juta kes.

Negara yang melebihi angka 10 juta kes adalah Perancis, United Kingdom, Rusia dan Turki.

Sementara Itali merekodkan lebih 9 juta kes, manakala Sepanyol dan Jerman melebihi 8 juta kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 4.28 juta, diikuti Filipina melebihi 3.3 juta, Malaysia 2.8 juta dan Thailand dengan 2.3 juta kes.

Manakala Singapura melebihi 310,000 kes.


Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 5.58 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 865,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 622,000 kes, India lebih 488,000 kes dan Rusia lebih 318,000 kes.

Sementara mexico kini catat lebih 302,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 90,000 kes adalah Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 144,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 53,000 diikuti Malaysia dengan 31,000 kes.

Manakala Thailand dengan lebih 22,000 angka korban.