awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif global lebih 350 juta, korban 5.59 juta

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2022
23:30 MYT
COVID-19: Kes positif global lebih 350 juta, korban 5.59 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 350 juta. -Gambar hiasan/AP
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 350 juta.
Ini berikutan pertambahan lebih 2.67 juta kes dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 70.6 juta kes.
Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 39 juta dan 23.9 juta kes.
Negara yang melebihi angka 10 juta kes ialah Perancis, United Kingdom, Rusia dan Turki.
Itali merekodkan lebih 9 juta kes, manakala Sepanyol dan Jerman melebihi 8 juta kes.
Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 4.28 juta.
Diikuti Filipina melebihi 3.4 juta, Malaysia 2.83 juta, Thailand 2.3 juta kes, manakala Singapura lebih 313,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.59 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 866,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 623,000 kes, India 489,000 kes, Rusia 319,000 kes, manakala Mexico mencatat lebih 303,000 kematian.
United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 90,000 kes ialah Sepanyol.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 144,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 53,000 diikuti Malaysia dengan 31,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 22,000 angka korban.
Topic Berkaitan
#Johns Hopkins University
#jumlah kematian
#kes positif
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan