JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 141.68 juta, berikutan pertambahan 700,000 kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.7 juta kes, diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 15.06 juta kes dan 13.94 juta kes.

Negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis manakala Rusia, United Kingdom dan Turki merekodkan lebih 4 juta kes.

Sementara Itali, Sepanyol dan Jerman melebihi tiga juta kes.

Poland, Colombia, Argentina, Mexico dan Iran mencatat lebih 2 juta kes.

Ukraine, Peru, Indonesia, Afrika Selatan dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Belgium, Filipina, Sweden, Israel dan Portugal pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka positif di bawah 500,000 kes.


Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 141.68 juta, berikutan pertambahan 700,000 kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.


Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan sejak 24 jam lepas selepas lebih 10,000 kematian baharu direkodkan.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melepasi 3.02 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 567,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 373,000 kes dan Mexico dengan lebih 212,000 kes.

Manakala India, United Kingdom, Itali dan Rusia pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Perancis, Jerman, Sepanyol, Colombia dan Iran.

Ini termasuk Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.

Manakala negara yang mencatatkan antara 20,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Indonesia, Ukraine, Turki, Romania dan Chile.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.