JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 40 juta.

Ini berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, kes positif global kini berjumlah 40.65 juta.

Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 8.27 kes.

Ini diikuti India dengan 7.59 juta kes dan Brazil lebih 5.25 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia dan Argentina pula masing-masing melepasi angka 1.42 juta dan 1 juta.

Sementara itu, Sepanyol, Perancis, Colombia dan Peru kini melepasi setengah juta kes.

Turut melepasi 500,000 kes adalah Mexico, United Kingdom, Afrika Selatan dan Iran.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan COVID-19 adalah Chile, Iraq, Itali,  Bangladesh, Jerman, Indonesia dan Filipina.

Manakala negara yang melepasi angka 100,000 hingga 200,000 adalah Poland, Romania, Magribi, Ecuador, Bolivia dan Nepal.

Terdapat juga beberapa negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.